Page 355 - Nilai Shahid al-Quran
P. 355
Kecintaan SA terhadap al-Quran yang ditampilkan melalui penggunaan SQ dalam
kitab Tashil, amalan iqtibas dan doa dari al-Quran, keterlibatan dalam pengajian,
pengajaran, kajian dan penerbitan melibatkan ilmu al-Quran menjadikan tokoh ini
pencetus kecintaan al-Quran dalam kalangan penuntut pula. Sama ada mereka yang
berguru secara langsung semasa hayatnya ataupun melalui pembelajaran karya
tinggalannya.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbincangan di atas, pemikiran akidah Islam
yang utuh dalam jiwa SA melalui pemilihan SQ dalam kitab Tashil yang mendominasi
penerapan nilai akidah dan pengaruh kitab “faridah”, ditambah dengan usaha tokoh
ini menggunakan SQ secara komprehensif dalam kitab Tashil secara tidak langsung
menjadikan beliau ahli tatabahasa al-Quran, serta kecintaan kepada al-Quran dan ilmu
berkaitan dengannya yang dizahirkan melalui amalan iqtibas dan doa dari ayat al-
Quran dalam penghasilan karya, berjaya membentuk satu daya tarikan dalam kalangan
masyarakat Islam di Nusantara untuk mendalami karya tinggalannya sehingga kini.
Perkara ini boleh dianggap satu sumbangan besar SA kepada dunia pendidikan di
Nusantara.
Hal ini demikian kerana, walaupun masyarakat Nusantara bukanlah penutur jati
bahasa Arab tetapi kehidupan mereka yang sedia mesra dengan al-Quran membantu
memotivasikan diri untuk mempelajari dan menguasai bahasa tersebut.
6.3.2 Pengaruh kitab Tashil
Pengaruh kitab Tashil dalam perkembangan tatabahasa Arab dari zaman SA sehingga
ke abad-21 boleh dilihat daripada sudut penerimaan institusi pendidikan berasaskan
337