Page 350 - Nilai Shahid al-Quran
P. 350

Begitu  juga  Zamri  &  Kaseh  (2011)  mendapati  perkara  yang  sama,  iaitu  kenyataan

                       yang  menunjukkan  terdapat  penggunaan  yang  “sedikit”  atau  “banyak”  dalam


                       tatabahasa telah wujud dalam karya terdahulu. Bahkan pada kebiasaannya penggunaan

                       istilah  “sedikit  dalam  tatabahasa”  merujuk  kepada  kaedah  yang  didapati  dalilnya


                       melalui shahid Qiraat (Busura, 1997).




                       Tidak dinafikan bahawa usaha mengumpul beberapa kaedah yang dilihat seolah-olah

                       bertentangan  dengan  nas  al-Quran,  kemudian  melakukan  pemurnian  berasaskan

                       kepada qiraat yang mutawatir merupakan satu sumbangan teori Nahu al-Quran kepada


                       bidang  tatabahasa.  Hal  ini  demikian  kerana  pemurnian  yang  dilakukan  oleh  para

                       sarjana sebelum ini termasuk SA melalui kitab Tashil boleh dianggap sebagai isyarat


                       sahaja kerana kewujudannya diselitkan di celah-celah perbincangan kaedah tatabahasa

                       secara umum.




                       Walaupun  begitu  keadaannya,  penggunaan  SQ  yang  komprehensif  dan  usaha


                       pemurniaan  kaedah  tatabahasa  yang  didapati  dalam  kitab  Tashil,  kedua-duanya

                       menunjukkan  sumbangan  SA  kepada  bidang  tatabahasa  bertunjangkan  al-Quran.


                       Secara  tidak  langsung,  usaha  ini  berjaya  menarik  minat  pelajar  tatabahasa  untuk

                       mendalami  bidang  ini  kerana  kemesraan  mereka  dengan  al-Quran  yang  sedia  ada

                       dalam  persekitaran.  Perkara  ini  didapati  terutama  dalam  kalangan  pelajar  bukan


                       penutur jati bahasa Arab seperti di Nusantara kerana al-Quranlah satu-satunya input

                       bahasa tersebut kepada mereka.




                       Menjadikan al-Quran sebagai input bahasa Arab yang utama dalam kalangan pelajar


                       bukan  penutur  jati  bahasa  Arab  adalah  suatu  usaha  yang  terpuji.  Hal  ini  kerana



                                                              332
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355