Page 346 - Nilai Shahid al-Quran
P. 346

menggalakkan  dalam  kalangan  penduduk  setempat  bahkan  sekitar  negeri  Kelantan

                       dengan kehadiran mencecah ribuan orang Muslimin dan muslimat daripada pelbagai


                       latar belakang pendidikan.




                       Di sekitar  Lembah Klang pula, sumbangan SA  dalam bidang  akidah diterjemahkan

                       melalui usaha Ustaz Azahar al-Hadrami yang melakukan pengajaran kitab Faridat al-


                       Faraid  di  pelbagai  tempat  termasuk  di  rumahnya  sendiri  di  Subang  Bestari,  Shah

                       Alam,       Selangor        mulai       tahun       2011        sehingga       kini

                       (http://majlisrahmatanlilalamin.blogspot.my).




                       Pendidikan akidah merupakan ilmu fardu ain yang wajib ke atas setiap orang Islam


                       lelaki dan wanita. Tanpa pegangan akidah yang kukuh, seseorang muslim tidak dapat

                       menumpukan perhatian yang ikhlas dalam mengikuti segala isi ajaran Islam. Bahkan


                       kelonggaran  akidah  kerana  maksiat  boleh  menyebabkan  orang  Islam  mudah

                       terpengaruh dengan anasir yang tidak sihat sehingga membawa kepada gejala murtad


                       (Md Hilmy, 2012; Tamar Jaya & Farahwahida, 2013).




                       Oleh  sebab  itu,  pemupukan  akidah  Islamiyyah  yang  diterapkan  melalui  pengajaran

                       tatabahasa  dalam  kitab  Tashil,  kajian  pemikiran  SA  dalam  bidang  ini  di  samping

                       pengajaran kitab Faridat al-Faraid dan karya lain membuktikan sumbangan SA yang


                       tidak  ternilai.  Sumbangan  tersebut  menyebabkan  SA  boleh  dijulang  sebagai  pakar

                       rujuk akidah Islam di Nusantara.













                                                              328
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351