Page 348 - Nilai Shahid al-Quran
P. 348

31.25%  dan  34.38%  berbanding  shahid  jenis  lain  antara  6-28%  (Adnan  Suamae,

                       2005).




                       Justifikasi  yang  menentukan  komprehensif  sesorang  tokoh  berdasarkan  penggunaan


                       SQ juga turut dikesan dalam perbincangan kajian karya tatabahasa terdahulu. (Gully,

                       1995)  yang melakukan  kajian ke atas kitab  Mughni  al-Labib  karangan  Ibn  Hisham


                       mendakwa  bahawa  tokoh  berkenaan  memanfaatkan  al-Quran  secara  komprehensif

                       dalam karya tersebut kerana jumlah penggunaan SQ yang amat banyak di dalamnya.

                       (Zamri & Kaseh, 2011) pula mendapati bahawa jumlah SQ yang digunakan oleh Ibn


                       Hisham dalam kitabnya Sharh Qatr al-Nada wa Ball al-Sada sebanyak 110 SQ dalam

                                                                    c
                                                                                                     c
                                    c
                       bab  al-Marfu at,  berbanding  penggunaan  Ibn  Aqil  dalam  kitabnya  Sharh  Ibn  Aqil
                       hanya  berjumlah  59  SQ  sahaja  pada  menghuraikan  bab  yang  sama.  Mereka  juga

                       menegaskan  bahawa  perkara  ini  menunjukkan  bahawa  Ibn  Hisham  adalah  lebih


                                                                            c
                       komprehensif dalam memanfaatkan SQ berbanding Ibn  Aqil.



                       Sībawayh  dan  al-Mubarrid  pula  sebagai  tokoh  mewakili  sarjana  silam  turut

                       memanfaatkan  SQ  secara  komprehensif  dalam  karya  mereka  al-Kitāb  dan  al-


                       Muqtadab.  Masing-masing  telah  menggunakan  423  dan  500  SQ  sebagai  dalil

                       tatabahasa dalam karya mereka (Jaber, 1992; Kamarul Shukri, 2005). Lambakan SQ

                       dalam kedua-dua buah karya adalah antara faktor yang melonjakkan nama Sībawayh


                       dan al-Mubarrid.




                       Oleh  hal  yang  demikian,  penggunaan  SQ  yang  banyak  dalam  sesebuah  karya

                       tatabahasa  boleh  dijadikan  ukuran  pemikiran  dan  penguasaan  tatabahasa  al-Quran


                       seseorang  tokoh  seperti  yang  diinginkan  oleh  teori  al-Nahw  al-Qur‟ani.  Selain



                                                              330
   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352   353