Page 353 - Nilai Shahid al-Quran
P. 353

c
                       didapati  turut  memulakan  huraian  matan  al- awamil  dengan  mengaitkan  tulisan
                       basmalah di dalam matan berkenaan dengan Hadis keberkatan pekerjaan yang dimulai


                       dengan ungkapan berkenaan pula (DU/4/3).




                       Sememangnya  amalan  iqtibas  ayat  al-Quran  bagi  memulakan  bicara  atau  penulisan

                       telah dikesan daripada kebanyakan karya karangan sarjana Islam dari dahulu hingga


                       sekarang. Paling tidak mereka memulakan penulisan dengan alhamdalah, iaitu memuji

                       dan memuja Allah s.w.t (QS al-Fatihah, 1:2). Ada juga dalam kalangan penulis yang

                       memulakan tulisan  dengan olahan  alhamdalah  yang dipetik  daripada  awal  surah al-


                       Kahf  (Al-Zamakhshari,  1995;  Al-Zarqani,  1995)  dan  awal  surah  al-Rahman  (Al-

                       Samarai,  2002, 2007).  Ada  juga dalam kalangan  penulis  yang menggabungkan dua


                                                                                     c
                       ayat al-Quran dalam surah berbeza seperti ayat 195 surah al-Shu ara‟ dan ayat 3 surah
                                    c
                       Luqman  (Al- Alani,  2014).  Perkara  ini  menunjukkan  kesan  al-Quran  ke  atas  hasil

                       karya sarjana berkenaan adalah ketara.




                       Aktiviti  mengolah  doa  daripada  al-Quran  dalam  kitab  Tashil  pula  didapati  pada

                       penghujung kitab tersebut, iaitu apabila SA menutup tulisan beliau dengan doa yang


                       diolah  daripada  ayat  19  surah  al-Naml  (DU/38/15-16)  dan  ayat  3  surah  al-Hadid

                       (DU/38/22). Aktiviti ini memberi kesan yang baik kerana selain dapat mengingatkan

                       pelajar  kepada  ayat  al-Quran,  ia  turut  menjemput  rahmat  dan  keberkatan  daripada


                       Allah s.w.t yang terdapat pada kalamNya yang suci.




                       Selain itu, kajian mendapati satu petunjuk membuktikan kecintaan dan penghormatan

                       SA kepada al-Quran adalah sangat tinggi. Petunjuk tersebut adalah catatan ringkas SA


                       yang  disematkan  dalam  naskhah  cetakan  kitab  Tashil  oleh  syarikat  percetakan



                                                              335
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358