Page 356 - Nilai Shahid al-Quran
P. 356
kitab turath. Institusi ini menjadikan kitab Tashil sebagai salah satu sukatan utama
yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh para pelajar, iaitu secara bacaan di hadapan
guru bermula dari kulit pertama sehingga ke kulit terakhir. Bahkan ada di antara pusat
pengajian yang menjadikan kitab ini sebagai sukatan permulaan pengajian tatabahasa.
Selama lebih dari 130 tahun kitab Tashil telah menjadi satu bahan pengajian
tatabahasa Arab, iaitu sejak ia selesai ditulis pada awal tahun 1883. Pengajaran kitab
ini bermula di Masjid al-Haram Mekah di bawah kelolaan pengarangnya sendiri, iaitu
di satu sudut dalam masjid berkenaan. Kemudian, pengajaran kitab ini dikembangkan
oleh anak muridnya ke peringkat antarabangsa sehingga ke Nusantara, iaitu Negara
Indonesia, Malaysia dan di bumi kelahiran pengarangnya sendiri Negeri Patani, dan
beberapa wilayah selatan Thailand. Penerbit syarikat percetakan Khazanah Fathaniyah
menegaskan mereka telah mengedarkan sebanyak 10,000 buah naskhah melalu projek
wakaf kitab Tashil pada tahun 2012 ke beberapa pondok di empat wilayah Selatan
Thailand; Patani, Yala, Narathiwat Dan Songkla (TT-T2/2).
Sambutan yang hangat ini menzahirkan pengaruh kitab Tashil dalam kalangan pelajar
tatabahasa terutama bangsa Melayu. Sementelah pula SA merupakan anak Melayu
pertama dikesan menghasilkan buku rujukan tatabahasa Arab (Ahmad Fathy, 2002).
Hal ini menunjukkan pengaruh yang dicetuskan oleh jati diri setempat akan lebih
memberi kesan terhadap sesuatu tindakan.
Oleh hal yang demikian, kajian ini akan membincangkan beberapa faktor yang
mewujudkan pengaruh kitab Tashil dalam masyarakat pelajar Melayu sehingga ke
abad-21 ini. Faktor tersebut adalah kitab ini sesuai dipelajari pada peringkat
338