Page 359 - Nilai Shahid al-Quran
P. 359
c
“kita mengaji nahu ni, nak faham nahu guana kalu tak faham amil?
c
nahu ni baris tetap sama untuk satu-satu amil tetapi makna ayat
berbeza” (TT-G2/7).
Apa yang dapat difahami daripada kenyataan tuan guru di atas adalah makna ayat
c
yang berubah baris akhir perkataan kerana dimasuki sesuatu amil tidak dapat
c
difahami melainkan dengan memahami makna amil tersebut terlebih dahulu. Sebagai
contoh, fungsi harf ba‟ adalah memajrurkan al-ism yang hadir selepasnya dalam
sesuatu bicara. Namun maksud bicara tersebut tidak boleh difahami dengan baris akhir
mata-mata kerana ba‟ mempunyai pelbagai makna seperti menyatakan sebab (al-
c
c
sababiyyah), setengah atau sebahagian (al-tab id), melampaui (al-ta diyah) dan
penanda sekatan kawasan (al-zarfiyyah).
Faktor kedua yang menjadikan kitab Tashil sesuai diajar kepada bangsa Melayu
adalah kekayaan kitab ini dengan contoh, terutama SQ. Perkara ini disebutkan dengan
jelas oleh SA dalam karya (DU/3). Adnan Suamae (2005) mendapati bahawa amalan
mempelbagai dan memperbanyakkan contoh merupakan salah satu metod pengajaran
dan persembahan karya tatabahasa Arab SA seperti kitab Tashil Nayl al-Amani, al-
Ibraz fi Fann al-Sarf dan al-Risalah al-Fataniyyah.
Kumpulan contoh yang paling banyak digunakan dalam kitab Tashil pula adalah SQ.
Malah SA meletakkan SQ pada kedudukan yang pertama dalam senarai penggunaan
dalil kepada perbahasan tatabahasa Arabnya mendahului syair, Hadis Nabi dan akhir
sekali prosa Arab. (Adnan Suamae, 2005). Memperbanyakkan penggunaan SQ ini
jelas mendekatkan para pelajar terutama dalam kalangan rumpun Melayu kerana al-
Quran satu-satunya input bahasa buat mereka yang tidak bertutur dengan bahasa
tersebut.
341