Page 360 - Nilai Shahid al-Quran
P. 360
Malah karya tatabahasa lain yang mengandungi banyak SQ bukan sahaja turut
dijadikan sukatan pengajian pelajar Melayu di peringkat pondok bahkan telah menarik
minat para pengkaji di peringkat institusi pengajian tinggi aliran moden seperti karya
Sharh Qatr al-Nada (Muhammad Khairul Faizi, 1999; Zamri & Kaseh, 2011),
Mughni al-Labib (Al-Awadi & Al-Asadi, 2010; Gully, 1995; Taqi, 2011) dan Sharh
c
Ibn Aqil (Zamri, 1999).
c
Selain daripada itu, latihan i rab yang dilakukan ke atas contoh turut menarik minat
c
para pelajar Melayu. Hal ini demikian kerana melalui i rab para pelajar dapat
menguasai tatabahasa secara aplikasi sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.
c
Oleh hal yang demikian, penerangan makna amil dengan mendalam disertakan
dengan kepelbagaian contoh terutama daripada SQ yang telah sebati dan mesra dalam
c
persekitaran pelajar serta latihan i rab telah berjaya menarik perhatian penuntut
tatabahasa dalam kalangan rumpun Melayu terutama di institusi pengajian secara
tradisional di sekolah-sekolah pondok.
6.3.2.2 Sanad pengajian kitab Tashil
Faktor kedua yang membentuk pengaruh kitab Tashil sehingga ke abad-21 adalah
sanad pengajian kitab ini yang kuat dan bersambung. Sebagaimana yang disebutkan
pada Bab 4 bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga sanad pengajian kitab Tashil di
Pondok Pasir Tumbuh dan salah satu daripadanya merupakan sanad yang sangat
ampuh sampai kepada SA.
342