Page 363 - Nilai Shahid al-Quran
P. 363
Disebabkan permintaan yang tinggi, percetakan sesuatu karya yang berpengaruh itu
dilakukan secara berulang kali. Ada karya yang diulang cetak sehingga 18 kali oleh
sebuah syarikat percetakan sahaja seperti kitab Sharh Sahih Muslim (Imam al-
Nawawi, n.d.). Adapun karya berpengaruh yang dicetak merentasi sempadan tempat
pula sangatlah banyak. Mendahului senarai adalah kitab-kitab rujukan utama dalam
bidang pengajian Islam seperti al-Quran al-Karim dan kitab Hadis Nabi Muhammad
s.aw. seperti Sharh Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari. Oleh sebab itu pengaruh kitab
Tashil dilihat sangat tinggi di Nusantara apabila ia masih lagi dicetak di Patani
Thailand, Jakarta Indonesia dan Kuala Lumpur Malaysia.
Selain itu, persembahan cetakan sesebuah karya yang mempunyai pengaruh akan
diperbaharui dari semasa ke semasa. Perkara yang sama turut berlaku kepada kitab
Tashil demi memenuhi tuntutan dan keperluan semasa para pelajar. Sebagai contoh
usaha yang dilakukan oleh sekumpulan alumni Madrasah Miftah al-Ulum, Indonesia
yang melakukan terjemahan kitab Tashil untuk tujuan memudahkan kefahaman murid
kelas lima sekolah berkenaan (Ibnu Anwar, 2014).
Usaha yang sama juga turut dilakukan di Pondok Pasir tumbuh. Cetakan terbaru kitab
Tashil turut dihasilkan daripada kajian ini dengan kerjasama Sidratul Muntaha
Enterprise, iaitu sebuah syarikat penerbitan yang dikendalikan oleh salah seorang guru
di Pondok Pasir Tumbuh. Melalui cetakan ini, kitab Tashil dipersembahkan dalam 82
muka surat pada kertas bersaiz A3. Kelebihan cetakan ini adalah teks yang dibantu
bariskan, takhrij SQ dan Hadis Rasulullah s.a.w. Selain itu ia ditulis secara double
spacing bagi memudahkan pelajar melakukan catatan (dabit).
345