Page 362 - Nilai Shahid al-Quran
P. 362

daripada  agama  (Imam  al-Nawawi,  n.d.).  Kenyataan  ini  boleh  ditafsirkan  bersifat

                       umum di samping penekanan khusus kepada ilmu Hadis.




                       Oleh sebab itu, para pengkaji berpendapat bahawa kejelasan sanad merupakan salah


                       satu kriteria asas pengajian berasaskan kitab turath yang berlaku di institusi pengajian

                       secara tradisional  khususnya di  pondok.  Pengijazahan sanad juga dilakukan selepas


                       tamat  sebuah  kitab  dibaca  dan  pelajar  telah  menguasai  ilmu  yang  dipelajari.

                       Sesetengah pusat pengajian pondok sangat menitik beratkan pengijazahan sanad oleh

                       Tuan  Guru  kepada  pelajar  yang  sudah  tamat  pengajian  sesebuah  kitab  (Syuhaida,


                       Mohd Asmadi, & Abd Shukor, 2015).




                       Oleh  hal  yang  demikian,  kepentingan  pengajian  kitab  Tashil  secara  bersanad  di

                       Pondok Pasir Tumbuh telah membentuk satu pengaruh yang mampu menarik minat


                       para pelajar. Para guru  pula selalunya akan memperkenalkan sanad sebagai  amalan

                       memulakan bacaan sesebuah kitab termasuk Tashil. Selain itu, pengajian berasaskan


                       sanad turut dipercayai memberikan keberkatan sesuatu ilmu kepada para pelajar.




                       6.3.2.3  Cetakan kitab Tashil

                       Faktor  ketiga  yang  membentuk  pengaruh  kitab  Tashil  sehingga  ke  abad-21  adalah

                       kesinambungan  cetakan  kitab  Tashil  sehingga  memudahkan  para  pelajar  untuk


                       mendapatkannya. Sebagaimana yang disebutkan pada Bab 4 bahawa kitab Tashil mula

                       dicetak pada tahun pertama ia selesai ditulis. Berdasarkan kepada permintaan dalam


                       kalangan  para  pelajar,  kitab  ini  terus  dicetak  berulang  kali  sehingga  ke  hari  ini

                       merentasi sempadan tempat di peringkat antarabangsa khususnya Nusantara.






                                                              344
   357   358   359   360   361   362   363   364   365   366   367