Page 365 - Nilai Shahid al-Quran
P. 365

Tuntasnya  cetakan  kitab  Tashil  berdasarkan  permintaan  yang  wujud  di  pelbagai

                       lokasi, cetakan oleh pelbagai syarikat percetakan, cetakan yang sentiasa diperbaharui


                       dan  cetakan  untuk  tujuan  wakaf  menjelaskan  wujudnya  pengaruh  karya  ini  dalam

                       kalangan masyarakat khususnya para pelajar di institusi pengajian pondok.




                       6.3.2.4  Kelas pengajian kitab Tashil


                       Faktor keempat yang membentuk pengaruh kitab Tashil sehingga ke abad-21 adalah

                       kesinambungan pengajian kitab ini yang berterusan sehingga ke hari. Pengajian kitab

                       ini  yang  dijalankan  secara  talaqi,  iaitu  bacaan  dari  kulit  ke  kulit  sememangnya


                       menjadi  pedagogi  asas  pendidikan  Islam  secara  tradisional  pada  peringkat  pondok

                       (Syuhaida Idha et al., 2015). Para pengkaji turut mengaitkan kehebatan penulisan SA


                       menyebabkan karya beliau masih digunakan sehingga ke abad 21 ini (Mohd Alwee

                       Yusoff & Mohamad Azrien Mohamed Adnan, 2011).




                       Selain  Pondok  Pasir  Tumbuh,  pengajian  kitab  Tashil  turut  dikesan  masih  aktif


                       dijalankan  di  beberapa  buah  pondok  lain  di  negeri  Kelantan,  Selangor  dan  Kedah.

                       Jadual 6.1 berikut menyenaraikan nama guru dan bilangan pelajar yang dapat dikesan


                       terlibat pengajian semasa kitab Tashil.



                              Jadual ‎6.1 Senarai pengajian semasa kitab Tashil


                                                                                  Jumlah    No telifon
                               Bil       Alamat Pengajian         Nama Guru
                                                                                  Pelajar      guru
                               1.   Madrasah Diniah Bakriah,   Ust. Wan Ali         15    017-9642161
                                    Pondok Pasir Tumbuh,      Subramallisi bin Wan   Orang
                                    Jalan Pondok Terusan      Muhammad
                                    Limbat, Pasir Tumboh,     Ust. Anuar bin        12    016-9527851
                                    16150 Kota Bharu,         Mua‟ai              Orang
                                    Kelantan.                 Ust. Supia bin Sauri   25   013-9945561
                                    +60 9-765 7786
                                                                                  Orang   019-9786375





                                                              347
   360   361   362   363   364   365   366   367   368   369   370