Page 358 - Nilai Shahid al-Quran
P. 358
bahasa Arab. Keduanya, penggunaan contoh yang banyak terutama melibatkan
penggunaan SQ, iaitu petikan daripada ayat al-Quran yang sedia mesra kepada
mereka.
Faktor yang pertama dapat dicapai apabila pengajian kitab Tashil menekankan
c
kefahaman makna awamil. Penekanan tersebut sangat sesuai bagi menyediakan
maklumat asas kepada pelajar memahami bahasa Arab melalui tatabahasa. Itu yang
dikatakan oleh Samarai tatabahasa bukan semata-mata kaedah, tetapi kefahaman awal
yang disediakan sebelum memahami kaedah (al-Samarai, 2000). Perkara ini telah
c
disediakan oleh kitab Tashil dengan menjelaskan makna setiap amil tatabahasa
sebelum pelajar dihidangkan dengan kaedah yang mengubah tanda baca dan makna
sesuatu ujaran.
Faktor ini juga boleh dikatakan sebagai kelebihan kitab Tashil. Oleh sebab itu, SA
memilih untuk melakukannya bagi menyediakan para pelajar dengan input bahasa
sebelum meneliti kitab tatabahasa lain yang lebih tinggi termasuklah matan al-
Ajurumiyyah.
c
Pemilihan untuk mendahulukan pengajian matan al- Awamil sebelum al-Ajurumiyah
kepada para pelajar baharu terutama dalam kalangan masyarakat bukan penutur jati
bahasa Arab dipersetujui oleh guru yang mengajar tatabahasa di institusi pengajian
c
pondok. Hal ini demikian kerana pengetahuan makna Awamil boleh menyediakan
maklumat asas kepada para pelajar yang belum mahir dengan bahasa dan tatabahasa
Arab.
340