Page 351 - Nilai Shahid al-Quran
P. 351

tatabahasa  al-Quran  adalah  yang  kaya  dan  paling  tepat,  ditambah  pula  keindahan

                       susunan al-Quran yang menggunakan sebaik-baik perkataan pada tempat yang paling


                                    c
                       sempurna (Al- Alani, 2014:22)



                       Oleh sebab itu, pendekatan tatabahasa al-Quran ini menjadikan SA penyumbang besar

                       kepada perkembangan tatabahasa Arab al-Quran di Nusantara khususnya di institusi


                       pengajian  pondok  di  Negeri  Kelantan,  Malaysia.  Sememangnya  institusi  pondok  di

                       Malaysia  secara  umumnya  menekankan  penguasaan  al-Quran  melalui  bacaan,

                       kefahaman  dan  aplikasi  al-Quran  dalam  kehidupan  termasuk  dalam  bidang


                       pengajaran.




                       Dewasa ini, pendekatan bahasa Arab untuk ibadah semakin mendapat tempat dalam

                       kalangan  masyarakat  awam  di  Malaysia.  Ramai  dalam  kalangan  mereka  memberi


                       respons yang positif terhadap pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah tersebut

                       (Mohd  Shahrizal  et.  al.,  2015).  Kini  terdapat  pengajaran  bahasa  Arab  untuk  tujuan


                       ibadah  dianjurkan  di  pusat  pengajian  tinggi  awam  dalam  bentuk  modul  (UniSZA,

                       2017). Ada juga dalam kalangan sarjana yang menerbitkan buku khusus bertemakan


                       bahasa Arab untuk tujuan ibadah sebagai panduan dan rujukan kepada orang awam

                       (Mohd Puzhi Usop & Mohammad Seman, 2010). Kajian mendapati bahawa salah satu

                       ciri penting pendekatan tersebut adalah menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam


                       aktiviti  berbahasa.  Hal  ini  demikian  kerana  kitab  suci  al-Quran  merupakan  rujukan

                       utama umat Islam dalam ibadah. Sementelah al-Quran yang diturunkan dalam bahasa


                       Arab  mengandungi  keindahan  dan  keunikan  serta  mukjizat  yang  menggamit

                       kefahaman  mendalam.  Sudah  tentu  apabila  seseorang  muslim  semakin  faham  al-







                                                              333
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356