Page 349 - Nilai Shahid al-Quran
P. 349
daripada itu, usaha SA memanfaatkan SQ secara komprehensif juga telah berjaya
menarik minat pelajar dan institusi pengajian yang menjadikan kitab turath sebagai
sukatan dan rujukan utama. Perkara ini akan diperincikan dengan lebih lanjut dalam
perbincangan pengaruh kitab Tashil.
ii. Pemurnian kaedah tatabahasa sedia ada berdasarkan SQ
Ciri penting yang diketengahkan oleh teori Nahu al-Quran (al-Ansari, 1984) adalah
pemurnian ke atas beberapa kaedah tatabahasa sedia ada yang didapati bertembung
dengan nas al-Quran. Pemurnian tersebut dilakukan dengan pengwujudan istilah
seperti “sedikit dalam tatabahasa”, “penggunaan yang terpencil dalam tatabahasa” dan
“boleh juga digunakan dalam tatabahasa”. Kesemua istilah ini menunjukkan bahawa
tiada pertembungan di antara tatabahasa dan al-Quran, sebaliknya nas al-Quran
menjadikan tatabahasa lebih anjal. Melalui teori ini juga, al-Ansari berjaya memurnian
lebih daripada 20 kaedah tatabahasa yang sebelum ini dilihatnya sebagai bertembung
dengan al-Quran.
Kajian ini juga turut mendapati istilah “sedikit dalam tatabahasa” sememangnya
wujud dalam kitab Tashil. Sebagai contoh, antara fungsi SQ dalam kitab Tashil adalah
menerangkan kaedah “sedikit dalam tatabahasa” seperti yang terdapat pada
c
c
perbincangan fi l ra‟aitu dan alimtu yang digunakan dengan makna zanantu. SA
menyebut dengan istilah “wahuwa qalil” pada kedua-dua penggunaan tersebut
(DU/32/23-30). Kenyataan ini membawa maksud yang sama dengan istilah “sedikit
dalam tatabahasa” sebagaimana yang disebut dalam teori Nahu al-Quran.
331