Page 347 - Nilai Shahid al-Quran
P. 347
6.3.1.2 Ahli tatabahasa al-Quran (al-Nahw al-Qur’ani)
Sumbangan kedua SA yang menarik perhatian untuk dibincangkan adalah beliau
sebagai ahli tatabahasa al-Quran. Pendekatan tatabahasa Arab berteraskan al-Quran
sememangnya diwarisi secara turun temurun oleh para sarjana sejak dahulu sehingga
kini. Kajian mendapati bahawa SA juga merupakan seorang tokoh yang tidak
ketinggalan untuk memanfaatkan al-Quran di dalam pengajaran tatabahasa ini.
Bahkan usaha beliau dan para sarjana silam dilihat mendahului teori nahu al-Quran
yang diketengahkan oleh al-Ansari (1984). Hal ini demikian kerana kitab Tashil
dipenuhi dengan begitu banyak SQ sebagai sumber tatabahasa selain pemurniaan ke
atas kaedah tatabahasa sedia ada agar selari dengan al-Quran. Hal ini kerana kitab siap
ditulis pada awal tahun 1883 (1300H), iaitu dalam tempoh 101 tahun mendahului teori
Nahu al-Quran.
i. Banyak menggunakan SQ sebagai sumber tatabahasa.
Unsur asas yang menaungi teori Nahu al-Quran adalah penggunaan SQ sebagai
sumber tatabahasa. Angka 212 SQ yang digunakan dalam kitab Tashil adalah suatu
jumlah yang besar sekiranya dibandingkan dengan saiz kitab ini yang lebih kecil
berbanding karya tatabahasa karangan tokoh lain. Perkara ini merupakan justifikasi
bagi menentukan aplikasi SQ oleh SA dalam karya ini adalah komprehensif.
Penggunaan SQ yang komprehensif bukan terhenti kepada kitab Tashil sahaja, bahkan
SQ turut digunakan secara komprehensif dalam karya tatabahasa SA yang lain. Dalam
kitab al-Risalah al-Fataniyyah penggunaan SQ direkodkan sebanyak 64.7%
berbanding shahid dari jenis lain. Begitu juga kitab al-Ibriz dalam bidang al-Sarf,
jumlah penggunaan SQ adalah menyeimbangi shahid syair dengan masing-masing
329