Page 373 - Nilai Shahid al-Quran
P. 373
SQ daripada surah awal al-Quran yang boleh dijadikan dalil kaedah lan yang
c
c
menasabkan fi l mudari boleh dipetik daripada surah al-Baqarah (2:24), manakala SQ
yang biasa dipetik oleh tokoh lain pada perbincangan kaedah ini adalah daripada surah
Yusuf 12:80 dan surah Taha 20:91 (Ibn Hisham, 1994b:377) ataupun surah al-Qasas
28:17 (Ibn Hisham, 1994a:79).
Sementelah ayat yang sama (QS al-Qiyamah 75:3) yang mengandungi nilai akidah
kepercayaan kepada hari akhirat itu telah dipetik sebanyak tiga kali sebagai SQ54,
SQ104 dan SQ187. Petikan tiga SQ daripada ayat yang sama untuk membincangkan
tiga kaedah tatabahasa yang berbeza mengesahkan penekanan dan fokus SA
menyampaikan pelajaran akidah kepada para pelajar di samping ilmu tatabahasa
menerusi kitab Tashil.
Tuntasnya, perbincangan ini menunjukan bahawa penerapan akidah yang
sememangnya penting kepada proses pembentukan jatidiri manusia terutama pelajar
Islam telah menjadi teras nilai yang mendasari penggunaan SQ dalam kitab Tashil.
6.3.3.2 Teras nilai tadabbur al-Quran
Selain daripada nilai akidah yang merupakan sub nilai TI SQ dikesan daripada
penelitian maksud tersurat sesuatu ayat al-Quran yang dijadikan SQ dalam kitab
Tashil, nilai Pengaruh SQ pula merupakan satu nilai yang dikesan daripada penelitian
SQ daripada sudut mukjizat al-Quran yang tersirat. Penelitian tersebut sama ada dari
c
c
c
c
c
segi i jaz lughawi, i jaz rasmi, i jaz ta‟thiri ataupun i jaz ilmi. Kedua-dua jenis
penelitian SQ tersebut sama ada dari segi kefahaman maksud ayat al-Quran yang
355