Page 374 - Nilai Shahid al-Quran
P. 374
tersurat atau dari segi mukjizat yang tersirat adalah menepati prinsip tadabbur al-
Quran yang dianjurkan oleh agama Islam.
Al-Quran sememangnya menggesa umat Islam bahkan seluruh manusia agar
melakukan tadabbur (QS al-Nisa: 4:82; Muhammad 47:24). Gesaan ini didapati
kerana terdapat 44 kali sebutan tadabbur dalam al-Quran hadir dengan bentuk-bentuk
yang pelbagai (Fazrul & Ariff Jauhar, 2017).
Tadabbur dari segi bahasa berasal dari kata dasar dabara yadbiru atau yadburu
bermaksud belakang atau bahagian terakhir daripada sesuatu. Perkataan ini merupakan
c
kata terbitan daripada fi l dabara dalam bentuk mazid dengan dimasuki harf ta‟ dan
tashdid harf ba‟ menjadi tadabbara yatadabbaru tadabburan yang memberikan
maksud tafakkuran (Ibn Manzur, 1994; Mustafa, 1972). Oleh sebab itu, tadabbur dari
segi bahasa bermaksud berfikir dengan mendalam sehingga sampai kepada
penghujung maksud sesuatu perkara atau subjek yang ingin difikirkan itu.
Para sarjana mendapati bahawa walaupun perkataan tadabbur dari segi bahasa boleh
diberikan maksud yang sinonim dengan tafakkur, ta‟ammul, nazr, tafsir dan ta‟wil.
Namun perkataan ini istimewa apabila ia digunakan secara khusus untuk al-Quran
pada semua tempat di dalam kitab suci itu berbanding sinonimnya yang lain (Markaz
Tadabbur, 2009). Walaupun begitu, kesemua perkataan sinonim tersebut boleh
dijadikan ciri-ciri bagi aktiviti tadabbur al-Quran.
Dari segi istilah pula, Tadabbur al-Quran adalah satu proses yang dijalankan secara
intensif bagi meneliti makna dan mesej al-Quran secara sedalam-dalamnya. Untuk itu,
356