Page 378 - Nilai Shahid al-Quran
P. 378
Apabila aktiviti tadabbur al-Quran melalui bacaan tidak dapat diteruskan, maka
respon yang sepatutnya diperolehi melalui penghayatan makna dan pengajaran ayat
sama ada berita tentang nikmat, amaran tentang azab, gesaan memikirkan keagungan
dan kekuasaan Allah s.w.t serta doa dan pengharapan kepada Allah s.w.t turut sukar
untuk dapat dicapai.
Para sarjana juga mendapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w memberikan respon
tertentu hasil daripada aktiviti tadabbur al-Quran secara bacaan sama ada melalui doa,
c
isti adhah ataupun ucapan tasbih. Baginda s.a.w. memanjatkan doa apabila membaca
ayat al-Quran yang mengandungi berita tentang rahmat dan keampunan Allah.
c
Sebaliknya Baginda akan memohon perlindungan (isti adhah) apabila membaca ayat
al-Quran yang mengandungi berita azab dan kemurkaan Allah. Di samping itu,
Baginda s.a.w pula akan bertasbih apabila membacakan ayat al-Quran yang
mengandungi berita yang menunjukkan kekuasaan dan keagungan kuasa Allah
(Yaasin, 2004).
c
Dapatan kajian yang terhasil daripada aktiviti tadabbur al-Quran dari aspek i jaz gaya
bahasa semantik dan taswir al-fanni pula masing-masing selari dengan dapatan kajian
al-Samarai (2000) dan Sayyid Qutb (2002). Secara umumnya al-Samarai (2000)
menyatakan bahawa pemilihan gaya bahasa tertentu dalam al-Quran dipenuhi dengan
input ilmu yang menunjukkan mukjizat kitab suci berkenaan. Sebagai contoh, beliau
mendapati bahawa semantik al-nafy dalam al-Quran melibatkan penggunaan ma min
dan la mengandungi maksud yang tersirat walaupun kedua-duanya menafikan
ketuhanan selain Allah. Hal ini dikesan daripada gaya bahasa al-nafy “ma min ilahin
c
illAllah” (QS Ali Imran, 3:62; Sad, 38:65) dan “la ilaha illAllah” (QS al-Saffat,
360