Page 384 - Nilai Shahid al-Quran
P. 384

juga akan memperlihatkan sejauh mana  ciri-ciri kedua-dua teori berkenaan terjelma

                       dalam kajian ini.




                       6.4.1.1  Teori Nahu al-Quran (al-Ansari, 1984)


                       Secara umumnya, kajian ini merupakan lanjutan daripada unsur utama yang menjadi

                       tulang  belakang  teori  Nahu  al-Quran  iaitu  penggunaan  SQ  dalam  tatabahasa  Arab.


                       Walaupun  kajian  SQ  dalam  tempoh  30  tahun  terakhir  ini  dilihat  menarik  perhatian

                       para  pengkaji  namun  tambahan  unsur  nilai  merupakan  satu  kelebihan  yang  dapat

                       diketengahkan  melalui  kajian  ini.  Hal  ini  demikian  kerana  kajian  sebelum  ini


                       ditumpukan kepada pola, fungsi, tawjih dan semantik SQ secara berasingan.




                       Sememangnya fokus utama teori Nahu al-Quran adalah pemurnian kaedah tatabahasa

                       yang  didapati  bertembung  dengan  nas  al-Quran,  namun  fokus  ini  kurang  mendapat


                       sambutan berbanding unsur utama teori tersebut. Hal ini demikian kerana fokus teori

                       berkenaan  menggambarkan  pendapat  al-Ansari  yang  telah  pun  dibincangkan  oleh


                       sarjana sebelumnya di luar kerangka teori.




                       Sebagai  contoh,  pemurnian  kaedah  dengan  menggunakan  istilah  "banyak  dalam

                       tatabahasa"  dan  "sedikit  dalam  tatabahasa"  bukanlah  sesuatu  yang  baharu  kerana

                       penggunaan  tersebut  didapati  dalam  kitab  Tashil  yang  dihasil  sebelum  teori


                       (DU/32/30). Bahkan kenyataan seperti itu wujud dalam karya sarjana silam seperti Ibn

                       c Aqil dan Ibn Hisham (Zamri, 2010) hatta Sibawayh terutama apabila perbincangan


                       melibatkan qiraat. Malah Sibawayh didapati lebih halus apabila berinteraksi dengan

                       SQ apabila tokoh ini memberi pilihan kepada pembaca sama ada ingin memilih qiraat


                       pertama atau kedua (Sibawayh, n.d.:2/147).



                                                              366
   379   380   381   382   383   384   385   386   387   388   389