Page 389 - Nilai Shahid al-Quran
P. 389
Sayid Qutb berpendapat bahawa kajian al-Quran yang memfokuskan ilmu tatabahasa
kadang-kadang memenatkan jiwa dan memanjangkan perbahasan sehingga
menjemukan (Qutb, 2002). Kenyataan ini bermaksud perbincangan tatabahasa yang
c
bersandarkan kepada al-Quran dilihat memfokuskan kepada i rab dan baris akhir
perkataan semata-mata menjadikan pengajian tersebut kaku, akhirnya membosankan
kerana pengulangan yang menkontangkan minda dan jiwa. Sebaliknya jika pengajaran
c
dapat diselitkan dengan nilai roh al-Quran seperti kajian i jaz dalam pelbagai dimensi
bukan sahaja dapat mengisi jiwa malah menambahkan lagi keyakinan kepada al-
Quran dan ajaran Islam secara umumnya.
Berhubung dengan penghayatan nilai pula, para sarjana berpendapat bahawa nilai
adalah suatu yang dibina, bukan suatu yang diseratkan oleh individu dan kemudiannya
disusun secara hierarki ke dalam satu sistem nilai yang digunakan oleh individu
tersebut sebagai rancangan umum dalam membuat keputusan, pertimbangan dan
mengatasi konflik (Nik Aziz, 2014:20). Kenyataan ini bermaksud nilai bersifat
dinamik bukannya kaku dan terlalu objektif kerana nilai boleh dipelajari dan
dikembangkan. Individu yang meraba-raba dalam gelap dan masih mencari nilai yang
hendak dihayati tidak boleh dikatakan sebagai individu yang berkembang maju.
6.5.2 Pendidikan berasaskan kitab turath
Kajian ini memberikan sumbangan dalam usaha mengetengahkan kajian tatabahasa
melalui pendidikan berasaskan kitab turath. Sehingga kini, pengajian tatabahasa
berasaskan kitab turath sepenuhnya berlaku di institusi pendidikan secara tradisional
di pusat-pusat pengajian pondok atau pesantren. Tidak mustahil pendidikan seperti ini
371