Page 388 - Nilai Shahid al-Quran
P. 388

Selain  itu,  kajian  berpendapat  bahawa  kesucian  teks  rujukan  agama  khususnya  al-

                       Quran  bukannya  sesuatu  yang  kudus  serta  tidak  boleh  dikaji.  Sebaliknya  al-Quran


                       yang menjadi teks rujukan agama Islam telah utama mencabar seluruh manusia sejak

                       dari zaman Nabi Muhammad sehingga ke hari ini malah berterusan sehingga ke hari


                       kiamat. Cabaran al-Quran adalah agar manusia mengkaji fakta, ilmu, penerokaan al-

                       Quran bagi menambahkan keyakinan mereka bahawa al-Quran itu merupakan kalam


                       Allah  yang  tidak  mengandungi  sebarang  kebatilan  dari  mana-mana  sisi  atau  sudut

                       pandang ataupun kajian.




                       6.5  Sumbangan kajian

                       Sepanjang kajian ini dilakukan terdapat empat perkara yang dikesan boleh memberi


                       sumbangan terhadap perkembangan kajian dalam bidang pengajian Islam pada masa

                       akan datang, khususnya bahasa Arab. Sumbangan tersebut adalah seperti berikut:




                       6.5.1   Nilai dalam pendidikan tatabahasa Arab


                       Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa dapatan nilai dalam sesuatu bidang

                       telah memaknakan ilmu dalam bidang berkenaan. Oleh yang demikian, dapatan nilai


                       SQ  dalam  kitab  Tashil  pula  telah  memberi  sumbangan  nilai  dalam  pendidikan

                       tatabahasa Arab. Terdapat tujuh nilai yang dapat dikesan melalui kajian ini, iaitu TI,

                       Pengaruh,  Akadmik,  Mudah,  Mesra,  Berkat  dan  Taufik.  Melalui  kajian  ini  juga,


                       definisi nilai sebagai satu prinsip berasaskan ilmu yang dapat menerbitkan perasaan

                       suka, sayang dan cinta yang dizahirkan oleh tindakan secara konsisten dan berterusan


                       dapat  dibuktikan.  Malah  definisi  ini  turut  boleh  dianggap  sebagai  sumbangan  yang

                       memperkayakan  makna  nilai  terutama  dalam  bidang  bahasa  Arab  di  samping  nilai


                       murni sejagat yang merentasi semua bidang.



                                                              370
   383   384   385   386   387   388   389   390   391   392   393