Page 390 - Nilai Shahid al-Quran
P. 390
boleh dipertimbangkan dalam arus pendidikan perdana yang ditawarkan di sekolah
mahupun institusi pengajian tinggi.
Pemilihan kitab Tashil pula memberikan sumbangan kepada perkembangan kajian
karya tatabahasa yang dihasilkan oleh tokoh sarjana Islam di Nusantara. Sumbangan
ini secara tidak langsung menunjukan bahawa penghasilan karya dalam bidang ini
tidak terhenti kepada tokoh yang bertutur dan berasal dari negara Arab sahaja. Selain
itu, kajian ini turut memberikan sumbangan dalam usaha mengetengahkan pengajian
berasaskan kitab turath yang menjadi tunjang pendidikan Islam di Pondok Pasir
Tumbuh, Kelantan. Dapatan kajian dalam bentuk sanad pengajian kitab Tashil pula
menunjukkan bahawa institusi ini turut mementingkan disiplin mendapatkan ilmu
Islam yang diwarisi daripada para ulama secara turun temurun.
6.5.3 Kad Bitaqah Tadabbur al-Quran (BTQ)
Kad BTQ merupakan satu sumbangan yang terhasil daripada prosedur analisis data
SQ dalam kitab Tashil di sepanjang kajian ini dijalankan. Kad ini boleh digunakan
bagi membantu masyarakat Islam melakukan aktiviti tadabbur al-Quran dengan lebih
berkesan. Rajah 6.3 menjelaskan kad BTQ secara terperinci.
Ayat al-Quran: …………………………………………….. (QS __:__)
PENGHASILAN ILMU RESPON ILMU
Terjemahan/tafsir: ……………….... Doa
c
Isti azah
Tulisan: …………………………….
Tasbih
Sujud tilawah
Bacaan: …………………………….
Bacaan perlahan
Semantik/susunan: ………………... Bacaan diulang-ulang
Rajah 6.3 Kad Bitaqah Tadabbur al-Quran (BTQ)
372