Page 385 - Nilai Shahid al-Quran
P. 385
Apa yang dapat difahami daripada pilihan yang diberikan oleh Sibawayh tersebut
adalah kefahaman tokoh ini terhadap makna yang dibawa oleh SQ. Aspek makna
inilah yang diketengahkan dalam kajian ini sebagai nilai SQ. Oleh sebab itu, al-
Samarai (2000) menegaskan bahawa tatabahasa al-Quran bukanlah semata-mata
perubahan bacaan pada akhir perkataan tetapi turut mengandungi makna tertentu.
Perkara ini turut dikesan secara praktikal melalui pemerhatian yang dilakukan ke atas
guru yang mengajar kitab Tashil. Beliau bukan sahaja mengaitkan nilai apabila
menghuraikan SQ dalam kitab tersebut, bahkan memetik SQ daripada pihaknya
sendiri pada menerangkan kaedah yang tidak disebutkan SQ kemudian mengaitkannya
dengan nilai TI SQ sama ada akidah, syariat mahupun akhlak.
Rajah 6.1 berikut menerangkan implikasi kajian ke atas teori Nahu al-Quran.
Disepakati Melahirkan
nilai seperti
Nilai akidah,
Kaedah SQ SQ syariat,
Tatabahasa
akhlak,
c
Tidak i jaz al-
disepakati Quran
Rajah 6.1 Implikasi kajian ke atas Teori Nahu al-Quran
6.4.1.2 Teori Susunan (al-Jurjani, 1994)
Teori susunan menjelaskan bahawa perkataan al-Quran secara tersendiri bukanlah
suatu mukjizat kerana perkataan berkenaan telah digunakan oleh bangsa Arab sebelum
diturunkan al-Quran lagi. Sebaliknya susunan perkataan al-Quran itulah yang
mengandungi nilai mukjizat kerana ia benar-benar mendatangkan kekaguman bagi
pihak yang mendengarnya lalu mereka mengakui keindahan dan keagungan al-Quran
yang tidak dapat dilakukan sebelumnya oleh manusia.
367