Page 77 - laporan MAT ke 41
P. 77

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                           LAPORAN / AGENDA








              UNIT DAGANG DAN PEMASARAN


              Unit  Dagang  Dan  Pemasaran  mula  beroperasi  pada  Januari  2014.  Unit  ini  melaksanakan  aktiviti
              pemasaran produk dan perkhidmatan perkhidmatan antaranya adalah takaful motor dan bukan motor,
              jualan tiket bas dan kapal terbang, pakej perlancongan dan umrah, kasut kesihatan, air mineral SEGAR
              serta barangan keperluan harian yang lain. Unit ini juga menguruskan penglibatan UNIKEB dalam tender
              dan sebutharga yang ada dan mencari peluang perniagaan yang boleh membawa keuntungan kepada
              UNIKEB.


              Kaedah pemasaran yang digunakan oleh unit Dagang dan Pemasaran dalam memastikan pemasaran
              yang agresif dan berkesan adalah secara atas talian dan luar talian. Ia meliputi promosi melalui Facebook
              dan pembelian secara atas talian iaitu shop.unikeb.com.

              Unit Dagang dan Pemasaran dengan kerjasama dengan unit Pembiayaan membantu anggota untuk
              membeli barangan keperluan seperti perabot dan peralatan elektrik rumah, motorsikal komputer, telefon
              bimbit, cermin mata dan pelbagai lagi barangan lain melalui potongan gaji anggota UNIKEB.


              Sepanjang  2017,  unit  Dagang  dan  Pemasaran  telah  berjaya  mencatatkan  jualan  sebanyak  RM3juta
              dengan keuntungan kasar sebanyak RM2.9 juta. Bagi 2018, unit Dagang dan Pemasaran mensasarkan
              jualan sebanyak RM2.8 juta. Ini adalah sasaran setelah jualan pembiayaan barangan dan perkhidmatan
              akan mula diambil alih oleh unit Pembiayaan. Sasaran dibuat berdasarkan pelan aktiviti perniagaan yang
              telah disusun rapi dengan mengambil kira beberapa aktiviti utama yang akan dilakukan oleh UNIKEB.













































               76
                   LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82