Page 78 - laporan MAT ke 41
P. 78
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
UNIT KEDAI BUKU
Kedai Buku UNIKEB beroperasi di Bangunan Pusanika, UKM menjual pelbagai produk dan perkhidmatan
seperti alat tulis, epay, aksesori alat komunikasi, buku rujukan, surat khabar, bahan makanan dan lain-
lain. Selain menjalankan perniagaan runcit, Kedai Buku UNIKEB turut menyediakan perkhidmatan kredit
kepada jabatan dan agensi kerajaan yang membuat pembayaran melalui pesanan rasmi.
Bagi tahun 2017, Kedai Buku UNIKEB telah mencatatkan jualan sebanyak RM409,942.15 dengan
keuntungan kasar sebanyak RM34,822.36. Jualan tertinggi yang menyumbang kepada keuntungan
sebanyak 60% dari jualan adalah alat tulis iaitu.
Mengambil kira pengubah suaian dan naik taraf ruang yang berlaku di Bangunan, UNIKEB telah
melakukan penstrukturan dan penyusunan semula strategi perniagaan di mana operasi Kedai Buku
UNIKEB dipindahkan ke Wisma UNIKEB pada 2 Mei 2018. Pemindahan ini adalah langkah bagi
mengoptimumkan penggunaan ruang di Wisma dan memberi fokus kepada dua perniagaan yang
dijangka berpotensi untuk berkembang pesat iaitu insurans pemotoran dan kedai serbanika.
77
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41