Page 82 - laporan MAT ke 41
P. 82
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
UNIT STESYEN MINYAK
KOPERASI UNIKEB BERHAD mempunyai 2 buah stesyen minyak Petronas yang beroperasi di Seksyen
1 (UNIKEB1) dan Seksyen 4 (UNIKEB2), Bandar Baru Bangi. Stesyen Minyak UNIKEB menyediakan
perkhidmatan jualan bahan petroleum petrol dan diesel kepada penduduk sekitar dan masyarakat
umum.
Selain itu, Kedai Mesra menyediakan perkhidmatan jualan barangan runcit seperti makanan dan
minuman,suratkhabar dan majalah, tambah nilai telekomunikasi dan‘touch &go’, minyak pelincir, beras
dan sebagainya. Stesen Minyak UNIKEB juga menjadi ejen bank berdaftar E-BB BSN bagi memberi
kemudahan kepada pelanggan setempat dalam urusan pembayaran bil utiliti, cukai pintu, bayaran
pinjaman bank, deposit dan pengeluaran wang BSN. Unit Perniagaan ini beroperasi selama 18 jam mulai
6 pagi hingga 12 tengahmalam dengan bilangan staff 9 orang di UNIKEB 1 dan 10 orang diUNIKEB 2
serta diselia olehdua orang Eksekutif Kanan.
Prestasi pada tahun 2017 telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM19.14 juta berbanding RM17.71
juta pada tahun 2016 iaitu peningkatan jualan sebanyak RM1.44 Juta(8%).Jumlah keuntungan kasar
Stesyen Minyak UNIKEB pada tahun 2017 adalah sebanyak RM1.13 juta berbanding pada tahun 2016
sebanyak RM1.01juta, berlaku peningkatan untung kasar sebanyak RM118ribu (10%).
Peningkatan jualan masih belum mencapai sasaran seperti yang ditetapkan oleh koperasi disebabkan
oleh turun naik harga minyak di pasaran dunia dan perubahan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan
secara mingguan. Persaingan yangsangat sengit aktiviti pam minyak di sekitar Bandar Baru Bangi dan
kedudukan lokasi berjauhan dengan jalanutama dan kurang strategik juga menyumbang kepada situasi
tersebut. Sebagai sebuah stesyen minyak pertama di Bandar Baru Bangi sejak tahun 1983, kesetiaan
dan komitmen yang berterusan daripada anggota dan penduduk sekitar menyebabkan Stesyen Minyak
UNIKEB masih bertahan mengekalkan prestasi dan perkhidmatan kepada pelanggannya.
Pada tahun 2017, sasaran jualan adalah sebanyak RM19 juta dengan untung kasar sebanyak RM1.13juta.
Di antara perancangan yang telah dilakukan untuk mencapai sasaran setiap bulan ialah :
• Melakukan promosi jualan barangan Kedai Mesra yang aktif setiap bulan yang telah ditetapkan
oleh PDB.
• Bekerjasama dengan institusi dan agensi sekitar untuk perkhidmatan jualan minyak secara‘on
account’.
• Melakukan penambahbaikan dari segi khidmat pelanggan, kebersihan dan susun atur barangan
yang lebih kemas mengikut planogram yang telah ditetapkan.
• Memberi peluang kepada Peniaga IKS untuk meletakkan barangan di Stesen Minyak seperti yang
diluluskan oleh PDB.
• Menjadi agen bank berdaftar E-BB BSN bagi memberi kemudahan kepada penduduk
setempat dalam membuat pembayaran Bil dan Cukai.
Sebagai Stesyen Minyak yang bernaung di bawah Koperasi yang telah berpuluh tahun lamanya,
komitmen daripada anggota dan penduduk setempat, Stesyen Minyak UNIKEB dapat terus memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui Skim Kredit Minyak anggota,anggota mendapat
kemudahan pembelian minyak secara potongan gaji tanpa faedah di mana ia tidak ditawarkan oleh
pesaing lain.Disamping itu juga, Pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB telah mengadakan pelbagai
promosi setiap bulan bagi menarik minat pelanggan mengisi minyak dan membeli barangan Kedai Mesra
stesyen Petronas.
81
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41