Page 79 - laporan MAT ke 41
P. 79
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
UNIT CAWANGAN (PPUKM & KKL)
Umart KKL telah diubahsuai kepada kedai Tukar oleh SKM pada bulan Julai 2014. Umart KKL menjalankan
perniagaan berkonsepkan pasar mini.Umart KKL menjual berbagai jenis barang keperluan seperti kasut,
buku umum, alat tulis, menerima insuran, cukai jalan, Epay, Touch n Go, bayaran bil utiliti dan tiket bas
untuk warga KKL, pelajar, pelawat yang datang membuat temujanji (mata dan gigi) dan pekerja hospital
yang berdekatan.
Cawangan Umart (1) telah beroperasi di PPUKM dari mula pembukaan Hospital pada tahun 1997.Umart
(1) berada di bangunan klinikal berdekatan lobi pelawat,ia menjalankan perniagaan berkonsepkan pasar
mini.Umart (1) menjual berbagai jenis barangan keperluan warga PPUKM/KKL, pesakit, pelawat dan
penduduk setempat. Umart (1) memberi khidmat penghantaran suratkhabar, air mineral dan makanan
ke jabatan-jabatan yang membuat pesanan.
Umart (2) terletak bersebelahan
unit kecemasan PPUKM mula
beroperasi pada 13 Februari
2013 menumpukan pada alatan
tulis dan kasut kesihatan,dan
beroperasi 24 jam.
Kaunter Pos Mini beroperasi
untuk pembayaran bil, insuran,
setem dan lain-lain. Disamping
itu kaunter Pos Mini menerima
borang ahli baru,borang
barangan kredit dan borang
pembiayaan wang untuk
dihantar ke Unit Pembiayaan
untuk proses kelulusan.
Kedai Serbanika baharu dalam
perancangan akan di buka pada pertengahan tahun 2018 di bangunan Pra Klinikal bersebelahan
bangunan UMBi di PPUKM. Kedai Serbanika baru mengutamakan sarapan pagi , makanan dalam
bekas dan barangan keperluan warga PPUKM dan pelajar dan lebih santai.Pada tahun 2017 cawangan
PPUKM/KKL telah mencatatkan penjualan sebanyak RM 7.3juta. Dengan untung kasar RM 1.4 juta
Pada tahun 2018 cawangan PPUKM/KKL mensasarkan jualan sebanyak RM8.7 juta. Dengan untung
kasar RM1.9 juta. Peningkatan jualan ini dipengaruhi dengan berbagai jenis perancangan yang telah di
aturkan seperti membuat sudut promosi makanan dan minuman secara berkala sepanjang tahun.
78
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41