Page 80 - laporan MAT ke 41
P. 80

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                                                                                          LAPORAN / AGENDA







                          UNIT AR RAHNU DAN KEDAI EMAS WISMA UNIKEB


               Ar Rahnu Wisma Unikeb dibuka pada tahun 2003 dan merupakan antara unit Ar Rahnu terawal di Bandar
               Baru Bangi. Tujuan memberi perkhidmatan pembiayaan tunai dengan cagaran barang kemas mengikut
               syariah Islam. Terletak di Bangunan Wisma Unikeb dan telah beroperasi selama 15 tahun, unit Ar Rahnu
               adalah di antara penyumbang terbesar kepada pendapatan Koperasi UNIKEB.


               Sepanjang  tahun  2017,  Unit  Ar  Rahnu  telah  mencatat  pendapatan  kasar  sebanyak  RM801  ribu
               berbanding  RM455  ribu  pada  tahun  sebelumnya  dengan  peningkatan  sebanyak  RM346  ribu  (76%).
               Jumlah pengeluaran untuk tahun 2017 dicatatkan sebanyak RM9.7 juta berbanding dengan tahun 2016
               sebanyak RM6.8 juta, peningkatan sebanyak RM2.9 juta (42%). Ini sesuatu yang amat menggalakkan
               di mana kesedaran orang ramai telah meningkat untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai Islam
               Ar Rahnu.

               Pada  awal  tahun  2017,  Ar  Rahnu  UNIKEB  di  Wisma  UNIKEB  telah  melakukan  pengubah  suaian
               sepenuhnya bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan menambah aktiviti menjual barang kemas di
               dalam satu premis.Kedai Emas UNIKEB telah mula beroperasi pada bulan Jun 2017 dengan mencatatkan
               jualan 6 bulan pertama berjumlah RM169 ribu dengan keuntungan kasar berjumlah RM21 ribu.

               Tahun 2018, Ar Rahnu Wisma UNIKEB mensasarkan jumlah pengeluaran sebanyak RM10.5 juta dengan
               jangkaan pendapatan mencecah RM840 ribu manakala Kedai Emas Wisma UNIKEB telah mensasarkan
               jualan berjumlah RM320 ribu dengan keuntungan sebanyak RM136 ribu. Perkhidmatan Ar Rahnu dan
               Kedai Emas cawangan Wisma UNIKEB terus diyakini oleh masyarakat dan dapat memberikan pulangan
               keuntungan yang lebih baik kepada Koperasi dan anggota.












































                                                                                                                 79
                                                                                  LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85