Page 93 - laporan MAT ke 41
P. 93

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                           LAPORAN / AGENDA







              1.0 Objektif Pengauditan

                 Objektif audit dalaman adalah bagi membantu pihak pengurusan dan pentadbiran melaksanakan
                 tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan melalui penganalisaan, penilaian
                 dan membuat cadangan serta ulasan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.




              2.0 Skop dan Mekanisme Pengauditan.

                 Fokus pengauditan yang dilaksanakan adalah dengan memberi tumpuan kepada pengurusan ke atas
                 aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi UNIKEB Berhad serta menyemak dan menilai aspek-
                 aspek lain yang berkaitan dengan aktiviti. Pengauditan dilaksanakan berasaskan pematuhan kepada
                 Akta  Koperasi,  Peraturan-peraturan  Koperasi,  Garis  Panduan  yang  ditetapkan  oleh  Suruhanjaya
                 Koperasi Malaysia (SKM) dan Undang-undang Kecil Koperasi.



              3.0 Pelaksanaan Audit Sepanjang Tahun 2017

                 Sepanjang tahun 2017 JAD telah melaksanakan dan mengemukakan sebanyak 4 laporan kepada
                 Lembaga  Pengarah  Koperasi  UNIKEB.  Pengauditan  yang  dilaksanakan  ialah  dalam Tadbir  Urus
                 ALK Koperasi UNIKEB, Pengurusan Unit Kewangan UNIKEB, Operasi Perniagaan Umart Kampus
                 Kuala Lumpur dan Operasi Unit Kedai Buku Universiti.  Hasil penemuan dan laporan adalah seperti
                 di bawah.




              4.0 Penemuan Audit

               BIL                                     LAPORAN AUDIT

                      URUS TADBIR AHLI LEMBAGA KOPERASI.
                1
                      Auditan terhadap urus tadbir Ahli Lembaga Koperasi dilaksanakan berpandukan kepada Garis
                      Panduan Suruhanjaya Koperasi Malaysia GP 27: Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi .

                          A.  PERLANTIKAN ALK (Jawatankuasa Pencalonan ALK)
                             Audit mendapati
                          i.  GP  27  telah  menyarankan  koperasi  untuk  mewujudkan  Jawatankuasa  Pencalonan
                             (yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemilihan ahli ALK), kriteria kelayakan,
                             pelan pengantian ALK dan Pengurus Besar, penilaian prestasi ahli ALK dan Pengurus
                             Besar serta Pengurusan Kanan. Walau bagaimanapun peranan ini tidak dilaksanakan
                             sepenuhnya yang mungkin boleh menjejas keberkesanan urusan koperasi di masa
                             hadapan.
                          ii.  Tiada fail bagi setiap ahli ALK yang dilantik untuk penyimpanan maklumat dan dokumen
                             urusan perlantikan, latihan, kelayakan dan urusan rasmi dalam koperasi disediakan.
                             Ini menyukarkan pemeriksaan dan pengumpulan maklumat.


                              Audit  mencadangkan
                          i.  Koperasi dapat memastikan Jawatankuasa Pencalonan ALK dapat berperanan seperti
                             yang ditetapkan dalam GP 27 bagi memastikan urus tadbir koperasi mempunyai ahli


               92
                   LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98