Page 96 - laporan MAT ke 41
P. 96

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                                                                                          LAPORAN / AGENDA







                  BIL                                        LAPORAN AUDIT

                   3    UMART CAWANGAN
                        JAD telah melaksanakan audit perniagaan UMART yang berada di Kampus Kuala Lumpur.
                        Hasil pengauditan ini, JAD mendapati


                            i.  Surat  pelantikan  pembekal  dan  nama  pembekal  yang  dilantik  tiada  salinan  rekod
                                di  UMART  KL.  Terdapat  barang  makanan  ringan  yang  tiada  tanda  logo  halal  dan
                                meragukan.
                            ii.  Prestasi perniagaan Umart ini bagi tahun 2016 dan 2017 didapati hanya mencapai
                                sasaran jualan sebanyak 2  bulan sahaja dalam setahun.
                            iii.  Tiada kemudahan CCTV untuk memantau keselamatan barangan daripada kecurian
                                dan alat pemadam api dalam premis perniagaan tersebut.

                        Cadangan& Syor Audit :
                        Pihak Pengurusan Koperasi perlu membuat pengemaskinian kawalan operasi perniagaan,
                        memberi perhatian terhadap aspek keselamatan dan juga mengambil tindakan meningkatkan
                        prestasi perniagaan bagi mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.



                   4    UNIT : KEDAI BUKU UNIKEB

                        KEWANGAN KBU
                        Audit mendapati,
                        Analisis kewangan sepanjang tahun 2016 mendapati bahawa kos perbelanjaan tetap ialah
                        sebanyak RM 90,546.99 dan keuntungan kasar jualan hanya sebanyak RM 43,493.88 sahaja.
                        Oleh itu Koperasi perlu menampung kerugian operasi KBU 69.49% sepanjang tahun 2016.


                        Berdasarkan analisis laporan kewangan mendapati operasi KBU mengalami kerugian yang
                        besar yang perlu ditampung oleh Koperasi setiap tahun.

                        Cadangan & Syor Audit :
                        Pihak pengurusan tertinggi perlu membuat penganalisaan terperinci sama ada ingin meneruskan
                        operasi KBU dalam bentuk yang berdaya saing.  Sekiranya tiada pilihan pengurusan perlu
                        mengambil tindakan menamatkan operasi dan memberi tumpuan tenaga dan kewangan untuk
                        aktiviti perniagaan yang lebih daya saing.







               5.0 RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT

                   Setelah  audit  dijalankan  mengikut  perancangan  yang  telah  diaturkan  oleh  Jawatankuasa  Audit
                   Dalaman,  secara  keseluruhan  pentadbiran  dan  pengurusan  koperasi  dari  aspek  pentadbiran,
                   perniagaan dan kewangan dilakukan dengan baik namun perlu meningkatkan lagi kecekapan dalam
                   pengurusan pentadbiran.




                                                                                                                 95
                                                                                  LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101