Page 95 - laporan MAT ke 41
P. 95

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                           LAPORAN / AGENDA







                BIL                                        LAPORAN AUDIT

                 2     PENGURUSAN UNIT  KEWANGAN
                       JAD  mengaudit pengurusan kewangan dan unit Kewangan koperasi berpandukan kepada GP

                       8,9,16,23,24,dan 27 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


                          A.  STRUKTUR ORGANISASI UNIT KEWANGAN
                              Audit mendapati,
                              Unit Kewangan diketuai oleh seorang Pengurus dan dibantu oleh 2 orang eksekutif
                              kewangan dan 5 orang kerani kewangan. Unit Kewangan tidak dapat menyediakan
                              i.  Carta fungsi unti kewangan dan senarai tugas staf baru hendak disediakan.
                              ii.  Peranan  dan  tanggungjawab  serta  objektif  Unit  tiada  berdokumen  dan  tiada
                                  penetapan KPI yang ditetapkan sebagai panduan dan pengukuran prestasi unit.
                              iii.  Laporan kewangan disediakan setiap bulan untuk dilaporkan kepada Jawatankuasa
                                  Kewangan  dan  Mesyuarat  Lembaga  ALK  walau  bagaimanapun  didapati    ada
                                  kelemahan yang perlu diperbaiki.
                              iv.  Laporan kewangan koperasi sepatutnya dikemukakan kepada JAD setiap 3 bulan
                                  untuk pemeriksaan tidak dilaksanakan atas alasan tiada arahan.

                              v.  Penyediaan  Bajet  tahunan dilaksanakan  melalui perancangan  Unit  dan amalan
                                  peningkatan peratusan berbanding tahun sebelumnya.
                              vi.  Sebahagian besar urusan pembayaran kepada Pembekal dan juga Pembiayaan
                                  dilaksanakan melalui atas talian EFT walau bagaimanapun mekanisma pemakluman
                                  kepada penerima tiada.
                              vii. Pemantuan  urusan  hasil  jualan  unit  ke  bank  dilaksanakan  oleh  Unit  ini  walau
                                  bagaimanapun  system  pemeriksaan  dan  penyelarasan  jualan  dan  kemasukan
                                  duit  ke  bank  tidak  kemas.  Ini  membuka  ruang  berlaku  ketirisan  dan  juga
                                  penyelewengan.
                              viii. Hutang tidak dikutip oleh koperasi besar jumlahnya iaitu bagi hutang kemudahan
                                  pembiayaan sebanyak RM 3 juta sehingga kini berjaya mendapatkan balik bayaran
                                  sebanyak  RM  262,368.10.  Jualan  kredit  operasi  perniagaan  yang  gagal  dikutip
                                  sebanyak RM 4.09 juta sehingga kini.
                              ix.  Laporan  agihan  saham  caruman  ahli  koperasi  tidak  dapat  disediakan  selaras
                                  dengan syarat menjadi ahli yakni setiap ahli perlu membeli saham RM1,000.00
                                  dan mencarum bulan. Urusan ini dilaksanakan bersama Unit Pentadbiran.
                              x.  Pengurusan  fail  dan  rekod  di  Unit  Kewangan  tidak  sistematik  dan  tiada  ruang
                                  penyimpanan dokumen yang kemas. Ini menjadi risiko kehilangan dokumen untuk

                                  urusan pembayaran kepada pembekal dan juga untuk urusan pemeriksaan dan
                                  pengauditan.









               94
                   LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100