Page 94 - laporan MAT ke 41
P. 94
KOPERASI UNIKEB BERHAD
LAPORAN / AGENDA
BIL LAPORAN AUDIT
yang berkelayakan untuk membantu dalam urus tadbir koperasi.
ii. Pengurusan maklumat ALK dapat dilaksanakan oleh pihak pengurusan koperasi dengan
sistematik dan teratur.
.
B. JAWATANKUASA PENILAIAN RISIKO
Audit mendapati, Koperasi Unikeb tidak mewujudkan Jawatankuasa Penilaian Risiko
dalam merancang dan melaksakan operasi perniagaannya seperti ditetapkan dalam
GP27.
i. Mengawasi aktiviti yang dilakukan oleh pengurusan dalam pinjaman kredit,
pelaburan, pesaing, likuiti, operasi, perundangan dan risiko lain serta memastikan
proses pengurusan risiko diwujudkan dan berfungsi.
ii. Kelulusan dasar, strategi perancangan perniagaan serta memantau prestasi
pengurusan perniagaan didapati tiada dikumpulkan dasar yang diluluskan oleh
ALK.
iii. Penetapan nilai korporat, pembahagian tugas dan akauntabiliti tidak dilakukan.
iv. Kesinambungan dan konsisten dalam penyampaian perkhidmatan dilakukan
namun tidak didokumentasikan.
v. Memastikan koperasi menyediakan dasar pengurusan risiko dan mewujudkan
jawatankuasa penilaian risiko.
vi. Memastikan koperasi menyediakan pelan kesinambungan untuk terus kekal
relevan dan berdaya saing, pelan ini tidak dilakukan atau disediakan.
Cadangan & Syor Audit :
Anggota Lembaga Koperasi perlu mewujud dan menggerakkan peranan Jawatankuasa
Penilaian Risiko ini bagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan operasi
tadbir urus dan perniagaan terkawal dan berdaya saing.
C. PENILAIAN PRESTASI KOPERASI MELALUI TAHAP KEPUASAN ANGGOTA
Audit mendapati proses ini tidak berdokumen dan beranalisa oleh pengurusan
koperasi.
Cadangan & Syor Audit :
Audit mencadangkan supaya ALK dan Pengurusan Koperasi melaksanakan survei
tahunan berkala dikalangan anggota bagi mendapatkan mamklumbalas mengenai
keperluan dan prestasi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada ahli. Ini
dapat memastikan sokongan dan juga manfaat perkhidmatan dan kemudahan kepada
ahli.
93
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41