Page 97 - laporan MAT ke 41
P. 97

KOPERASI UNIKEB BERHAD
                           LAPORAN / AGENDA







                 Pihak pengurusan dan pentadbiran serta unit-unit yang berkaitan perlu memperkemaskan Manual
                 Prosedur Kerja Unit selaras dengan keperluan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh  Suruhanjaya
                 Koperasi  Malaysia.    Garis  Panduan  ini  dapat  membantu  dalam  tadbir  urus  amalan  terbaik  yang
                 diguna pakai oleh organisasi koperasi yang berjaya. Manual prosedur kerja ini perlu difahami dan
                 diamalkan oleh keseluruhan warga koperasi.


                 Pihak  pengurusan  dan  pentadbiran  perlu  mengambil  berat  tentang  kehendak  keperluan  akta-
                 akta berkaitan, garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta pihak-
                 pihak berautoriti berkaitan. Kegagalan mematuhi akta, garis panduan dan lain-lain keperluan pihak
                 berautoriti akan menyebabkan berlakunya kesalahan dan kesilapan dalam tatacara amalan.


                 Pihak  juruaudit  selaku  jawatankuasa  bebas  sentiasa  memantau  perjalanan  koperasi  agar  selari
                 dengan kehendak perundangan dan garis panduan. Setiap teguran juruaudit hendaklah dilaksanakan
                 dan dipertimbangkan oleh unit untuk tindakan selanjutnya.
                                                                                                                                                                 L


              6.0 PENGESAHAN LAPORAN AUDIT

                 Dengan  laporan  yang  dikemukakan  ini,  saya  selaku  Pengerusi  Jawatankuasa  Audit  Dalaman                                                             APORAN
                 mengesahkan laporan dan audit yang telah dilakukan oleh juru audit yang dilantik seperti dibawah:-
                                                                                                                                                                 JAWATANKUASA

                                                                                                                                                                            SYARIAH
                    i.   Tn. Haji Ahsan Ahmad (Pengerusi JAD)

                   ii.   Tn. Md Nora Md Don

                   iii.   Tn. Safiai Sapari

                   iv.   Pn. Yazlina Mohd Yasin




                 Serta,  menyerahkan  laporan  ini  kepada  Ahli  Lembaga  Koperasi  untuk  dimaklumkan  kepada
                 Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi.




                  Disahkan Oleh,







                  HAJI AHSAN AHMAD
                  Pengerusi,
                  Jawatankuasa Audit Dalaman
                  Koperasi UNIKEB Berhad
                  2016/2017
                  TARIKH: 29 APRIL 2018/ 13 SYAABAN 1439H



               96
                   LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE - 41
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102