Page 4 - [EDITED 1200PM] 21 OKT 2016 -JUMAAT - PENULISAN IPN2016_Classical
P. 4
BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI iv
INDEKS PATRIOTISME NEGARA 2016
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman asas patriotisme di
kalangan Penjawat Awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya dengan berdasarkan pengedaran soalan kaji selidik Indeks Patriotisme Negara 2016
di kalangan mereka. Indeks Patriotisme Negara (IPN) yang mula diperkenalkan pada tahun
2013, diteruskan pada setiap tahun bagi tujuan yang berkenaan. Dapatan penyelidikan ini
dibentangkan melalui Konvensyen Patriotisme Negara yang dianjurkan Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri dalam mendapatkan resolusi serta inisiatif wajar dalam bertindak
melaksanakan apa jua program yang bersifat patriotisme yang bersesuaian dengan dapatan
kajian yang dihasilkan dan juga penilaian semasa yang dibuat di dalam program yang
diadakan dari semasa ke semasa. Hasil dapatan melalui Konvensyen Patriotisme Negara yang
diadakan pada 7 November 2015, bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur, telah
mencadangkan agar diwujudkan suatu dasar yang menyentuh secara terus tentang patriotisme
terhadap negara yang dinamakan Dasar Patriotisme Negara. Ini memudahkan proses yang
meluas dalam menjalankan inisiatif patriotisme negara dalam semua sektor di dalam dan luar
negara serta berkaitan dengan patriotisme negara ini.
iv