Page 7 - [EDITED 1200PM] 21 OKT 2016 -JUMAAT - PENULISAN IPN2016_Classical
P. 7

BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI           vii
                                                                            INDEKS PATRIOTISME NEGARA 2016



               BAB 1 PENDAHULUAN



               1.1 PENGENALAN





                                                                      1
                   Patriotisme  yang  merupakan  sebahagian  ideologi  dan  aktiviti  kemanusiaan  dalam
               membayangkan makna sayang, kasih, cinta, dan taat setia kepada tanah air. Patriotisme yang


                                                                              2
               merupakan kata pinjam yang berasal daripada perkataan Greek , melalui perkembangannya
               yang  tersendiri  dalam  penggunaan  bahasa  barat,  lalu  berkembang  dalam  bahasa  Malayu


               moden pada hari ini. Meskipun perbezaan istilah dan bahasa di  kalangan manusia berasas

               rantau, bangsa, kaum atau etnik yang muncul dalam dunia hari ini, satu perkara yang sama


               dalam  jiwa  manusia  adalah  emosi,  perasaan,  dan  juga  nilai-nilai  murni,  yang  membentuk

               perkataan  yang  membayangkan  apa  yang  dimaksudkan.  Lalu,  dalam  kepelbagaian  bahasa


               biarpun  berbeza  istilah  dan  sebutan,  pasti  ada  satu  perkataan  yang  diupayakan  sebagai

               memaknakan pemikiran, emosi, serta nilai yang ingin dimaknakan sedemikan.



                   Suatu  yang  pasti,  setiap  negara  punya  akar  budayanya  tersendiri  yang  menampilkan

               indentiti negara mereka tersendiri. Bertapak daripada asas pembinaan sesebuah negara, maka


               lahir bentuk patriotisme bagi identiti negara masing-masing.



                   Bagi  sebuah  negara  bernama  Malaysia,  tentu  ada  identiti  dan  tapak  asas  dalam

               mempemerkan  bentuk  patriotisme  yang  tersendiri.  Meskipun,  asas  bagi  ketatanegaraan


               sesebuah  negara  itu  hampir  sama  dalam  membentuk  nilai  sayang,  kasih  dan  cinta  kepada

               negara, namun pasti terdapat perbezaan dalam sudut kenegaraan.





                   1  Perkataan ‘Patriotisme’ terkandung ‘Patriot’ dan ‘isme’ yang membawa maksud pemikiran dan ideologi
               kepada sayang, kasih, cinta dan taat setia kepada tanah air.
                   2  Lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Tatiana A. Denisova, Khalif Muammar A. Harris dalam Patriotisme &
               Ketatanegaraan, (Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur, 2015), 16.

                                                             vii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12