Page 9 - [EDITED 1200PM] 21 OKT 2016 -JUMAAT - PENULISAN IPN2016_Classical
P. 9

BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI           ix
                                                                            INDEKS PATRIOTISME NEGARA 2016

               Kuala  Lumpur,  dengan  menilai  perincian  pandangan,  dan  penelitian
               kepada senario dunia semasa, sejarah panjang latar belakang negara, serta
               asas kedaulatan negara, dan isu-isu semasa; konvensyen pada kali ini telah
               membuat ketetapan untuk diajukan kepada pihak kerajaan seperti berikut;


                   1.  Keperluan  mengwujudkan  dasar  khas  bagi  menjalankan  inisiatif
                       patriotisme  yang  lebih  luas  dan  terfokus  secara  menyeluruh  dalam
                       menyuntik, mengekal dan mengembangkan semangat patriotisme di
                       kalangan  rakyat,  pemimpin  serta    semua  yang  menghuni  Negara  ini
                       bagi  mengekal  dan  menyemarakkan  keamanan  dan  kemakmuran
                       Negara  ini  yang  dinamakan  dan  diisi  secara  khusus  bagi  maksud  itu
                       dengan Dasar Patriotisme Negara.

                   2.  Keperluan  kepada  insiatif  Program  Patriotisme  Negara  sepanjang
                       tahun  dan  terancang  kepada  segenap  lapisan  masyarakat  dan
                       warganegara serta memberi pengenalan dan pengetahuan kepada
                       mereka yang menghuni dan memasuki negara ini secara sah dengan
                       program  pengenalan  dan  penjelasan  serta  penerangan  berkenaan
                       negara ini.



                   3.  Keperluan  kepada  penilaian  secara  berterusan  kepada  tahap
                       patriotisme  warganegara  negara  ini,  serta  mereka  yang  menghuni,
                       dan  mereka  yang  memasuki  negara  ini  bagi  tujuan  hubungan
                       kenegaraan,  perniagaan,  pelancongan,  dan  apa-apa  aktiviti  yang
                       dimaklumi  pihak  kerajaan  secara  sah  yang  dinamakan  dan  diisi
                       sebagai  Indeks  Patriotisme  Negara  pada  setiap  tahun  atau  bagi
                       tempoh tertentu yang difikirkan munasabah.



                   4.  Keperluan  kepada  memastikan  semua  agensi  di  dalam  dan  di  luar
                       negara berkaitan negara ini mempunyai patriotime terhadap negara
                       dan  memahami  tentang  negara  Malaysia  sebagaimana  yang  harus
                       mereka mengetahui dengan maklumat yang sah.



                   5.  Keperluan kepada Akta Patriotisme Negara yang mempunyai elemen
                       patriotisme  dan  ketatanegaraan,  yang  mempunyai  sandaran  dan
                       hukuman  terhadap  kesalahan-kesalahan  berkenaan  pencemaran
                       Cogan dan Lambang Kedaulatan Negara. Antara lain, penghormatan
                       kepada  Bendera  Negara,  Jata  Negara,  Rukun  Negara,  Pemimpin
                       Negara,  Lagu  Negara  dan  elemen-elemen  kenegaraan  yang  lain
                       supaya  ia  dilindungi  dan  terdapat  elemen  pencegahan  yang  lebih
                       awal,  sebelum  kesannya  mencapai  peruntukkan  di  bawah  Kanun
                       Keseksaan.



                                                              ix
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14