Page 8 - [EDITED 1200PM] 21 OKT 2016 -JUMAAT - PENULISAN IPN2016_Classical
P. 8
BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI viii
INDEKS PATRIOTISME NEGARA 2016
Ketatanegaraan secara umumnya berbicara tentang nilai-nilai bersangkutan sikap dan
perlakuan terhadap negara. Manakala kenegaraan pula, ia meliputi tanah, rakyat, kerajaan dan
kedaulatan.
Ringkasnya, tanah adalah kawasan sesebuah negara itu wujud mengikut sempadan yang
disahkan sebagai sebuah negara. Rakyat, merangkumi warganegara yang sahih dalam
sesebuah negara itu. Rakyat yang mempunyai adat resam dan budayanya yang tersendiri dan
hidup dalam sistem yang disepakati oleh sesebuah negara itu. Manakala kerajaan pula, ia
dibina melalui sistem yang telah disepakati bersama dan mempunyai keesahan bertindak
sebagai sebuah kerajaan. Kedaulatan pula, adalah sebuah negara yang diktiraf, punya maruah,
dan tidak diceroboh atau digagahi oleh negara lain atau pihak lain dalam menentukan hala
tuju serta sesuatu keputusan bagi negara itu bertindak.
Lantas, dalam hal sedemikian, adalah menjadi suatu kepentingan bagi kita menilai hal
patriotisme ini secara bersistematik dan berkala dalam memastikan ia dapat difahami secara
saintifik dan kuantitatif. Lalu, lahirlah idea menghasilkan Indeks Patriotisme Negara ini.
Melalui Konvensyen Patriotisme Negara 2015, yang telah diadakan pada 7 November
2015, bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur, yang telah dianjurkan oleh Biro
Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, dapatan itu telah dinyatakan melalui resolusi
sebagaimana di bawah;
RESOLUSI
KONVENSYEN PATRIOTISME NEGARA 2015
AKADEMI KENEGARAAN, BIRO TATANEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI
25 MUHARRAM 1437H | 7 NOVEMBER 2015M
Konvensyen Patriotisme Negara 2015 yang telah berlangsung pada 25
Muharram 1437, bersamaan 7 November 2015, bertempat di Akademi
Kenegaraan, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Bellamy,
viii