Page 110 - eDinamik
P. 110

SAMBAL PONTIANAK

                            Prof. Madya Dr. Rahimah Mohamed Yunos







          Unik ke nama sambal ni. Jika anda google
          nama sambal ni, semua gambar yang
          ditunjukkan  tidak   langsung   menyerupai
          sambal    Pontianak   yang    dimaksudkan.
          Sambal ini di ajar oleh arwah nenek saya
          dan membuatnya juga ringkas.        Sambal
          Pontianak ni guna 3 bahan utama sahaja
          dan sesuai dimakan dengan roti kosong.

          Bahannya hanyalah lada kering yang telah
          dikisar dengan bawang besar dan bawang
          putih.   Bila ditumis mesti minyak yang
          banyak supaya lada benar-benar garing.
          Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu
          dahulu, dah naik bau masukkan lada yang
          telah dikisar tadi. Masukkan gula pasir dan
          garam sesedap rasa tapi sambal Pontianak
          ni sedapnya bila dia manis. Biarkan masak
          lama-lama di bawah api yang kecil. Masak
          hingga sambal tu bertukar warna dari merah
          kearah kehitaman. Tapi jangan sampai
          hanguslah! Tu tanda ladanya garing. Kalau
          tak garing bukan Pontianak namanya.



          Masa belajar di UiTM dulu, tiap kali balik ke
          kampus mesti bawak balik sebotol ‘nescafe’
          sambal ni. Boleh tahan 5 hari tanpa peti
          sejuk sebab dah masak lama kan. Zaman
          ini mungkin sambal Pontianak ni orang dah
          tak heran sebab dulu-dulu sambal hitam,
          sambal    garing,   sambal     viral   dan
          seumpamanya tak wujud lagi.      Cukuplah
          anda   tahu  sambal   ini  pernah   wujud.
          Rindunya dengan arwah nenek.












   101
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115