Page 111 - eDinamik
P. 111

KUASAI ILMU SISTEM PENGURUSAN

                                           Siti Rahayu Sarman


        Setiap organisasi memerlukan sistem pengurusan yang berkualiti bagi memastikan operasi
        berjalan dengan baik, lancar, efektif dan efisien. Elemen utama dalam sesebuah organisasi
        adalah Visi, Misi dan juga Objektif yang merupakan tujuan utama kewujudan sesebuah
        organisasi. Pencapaian visi, misi dan objektif sesebuah organisasi dapat dilaksanakan dengan
        menggunakan kitaran PDCA.


        Kitaran PDCA (Plan-Do-Check-Action) merupakan salah satu teknik atau kaedah melibatkan 4
        langkah yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti sesebuah organisasi. Kitaran PDCA
        membolehkan sesebuah organisasi memastikan proses diuruskan dan mempunyai sumber
        yang mencukupi dan peluang-peluang untuk penambahbaikan ditentukan dan dilaksanakan.
        Konsep kitaran PDCA pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Walter A. Shewhart pada tahun
        1930 yang disebut dengan Shewhart Cycle. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Dr.
        Walter Eward Deming dan dikenali sebagai The Deming Wheel.
        Kitaran PDCA boleh digunakan untuk semua proses dan kepada sistem pengurusan kualiti
        secara keseluruhan. Kitaran PDCA boleh dihuraikan secara ringkas seperti berikut:



          Plan            Mewujudkan objektif kepada sistem dan proses serta sumber yang diperlukan untuk
          (Rancang)       memberikan hasil mengikut keperluan pelanggan dan dasar organisasi.
          Do (Buat)       Melaksanakan apa yang dirancang.
          Check           Memantau dan proses mengukur produk dan perkhidmatan yang dihasilkan terhadap
          (Periksa) :     dasar, objektif dan keperluan dan melaporkan keputusan.
          Action          Mengambil tindakan untuk meningkatkan prestasi sekiranya perlu.
          (Tindakan)


        Kitaran PDCA ini juga sebenarnya dapat digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan
        seseorang individu. Sebagai contoh, kita meletakkan matlamat atau objektif hidup kita untuk
        tempoh 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau mungkin 20 tahun akan datang. Setelah meletakkan
        matlamat atau objektif, kita akan mula membuat perancangan (Plan) perkara yang perlu kita
        lakukan untuk mencapai apa yang kita impikan. Setelah merancang, kita perlu berusaha untuk
        melaksanakan perancangan tersebut. Jadi elemen yang kedua adalah pelaksanaan (Do). Kita
        perlu berusaha supaya kita mencapai apa yang kita rancangkan.

        Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan jua yang menentukan. Anda setuju? Ya ianya
        benar, namun kita perlu sentiasa menyemak atau muhasabah, sama ada pelaksanaannya
        mengikut perancangan kita. Ini adalah elemen yang ketiga iaitu menyemak (Check). Akhir sekali
        adalah elemen penambahbaikan (Action). Jika kita tidak mencapai apa yang kita rancangkan,
        kita perlu mengambil tindakan pembetulan. Jika perancangan kita telah terlaksana dengan baik,
        kita juga perlu membuat penambahbaikan secara berterusan.








                                                                                                     102
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116