Page 113 - eDinamik
P. 113

7    Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu   6,000
              bapa yang kurang upaya
              Nota: Alat sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu
              dan alat pendengaran tetapi tidak termasuk cermin mata dan kanta lekap.


         8    Individu yang kurang upaya                                                  6,000
              Nota: Individu layak menuntut potongan ini sekiranya beliau telah disahkan secara
              bertulis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang kurang
              upaya.
         9    Yuran pengajian (sendiri)                                                   7,000
              -    Selain ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (bidang tertentu)
              -    ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (sebarang bidang)


         10   Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius                                 6,000
         11   Pemeriksaan perubatan penuh (termasuk dalam pelepasan perbelanjaan          500
              perubatan bagi penyakit serius).
         12   Gaya hidup (Pembelian buku /jurnal / majalah /surat khabar bercetak, Pembelian  2,500
              komputerperibadi, telefon pintar atau tablet, pembelian peralatan sukan untuk
              aktiviti sukan, bayaran bil bulanan bagi langganan internet).
         13   Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk diri sendiri bagi anak berumur 2 tahun
              dan ke bawah
              Nota: Potongan ini dibenarkan khusus untuk pembayar cukai wanita dan
              pelepasan terhad kepada RM1,000 walaupun individu berkenaan mempunyai
              lebih daripada seorang anak.Pelepasan hanya dibenarkan sekali setiap dua (2)
              tahun taksiran.

         14   Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-  1,000
              kanak /tadika yang berdaftar
              Nota: Potongan ini terhad kepada RM1,000 walaupun bilangan anak yang
              memenuhi syarat-syarat tersebut melebihi satu. Sekiranya amaun tuntutan
              kurang daripada RM1,000, amaun potongan yang dibenarkan adalah
              terhad kepada amaun yang dibayar sahaja.


         15   Suami / isteri / bayaran alimoni kepada bekas isteri                        4,000
         16   Suami / isteri yang kurang upaya (tambahan)                                 3,500
         17   Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh (‘Deferred Annuity’)            3,000
              Nota: Potongan ini berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga 2021.


       Ingat: Pastikan segala resit dan dokumen bagi pelepasan dan rebat yang diperoleh bagi setiap tahun
       taksiran perlu disimpan selama 7 tahun bagi tujuan audit.



                                                                                                     104
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118