Page 112 - eDinamik
P. 112

CELIK CUKAI: CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU
                                     TAHUN TAKSIRAN 2019
                     Norhidayah Binti Abdullah dan Nor Hafizah Abd Mansor


        Bajet 2019 yang telah dibentangkan pada November tahun lepas telah berjaya
        memperkenalkan beberapa insentif cukai dalam usaha memakmurkan kesejahteraan rakyat
        serta memajukan negara. Ini termasuklah pelepasan cukai bagi pembayar cukai individu.
        Walaupun pelepasan ini akan mula dituntut pada bulan April mahupun Jun 2020, hakikatnya
        pembayar cukai individu sudah boleh merancang perbelanjaan tertentu pada tahun ini untuk
        meminimumkan cukai pendapatan kena bayar. Jadilah pembayar cukai yang bijak!

                                          Jenis Pelepasan                                    RM
        1    Diri sendiri dan saudara tanggungan                                             9,000
        2    Anak
             •    bawah 18 tahun                                                             2,000
             •    atas 18 tahun dan melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej           8,000
             •    kurang upaya (tidak berkahwin)                                             6,000
             •    kurang upaya dan melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej           14,000
             Nota: Melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi sepenuh masa tidak termasuk kursus
             matrikulasi/ pra Ijazah/ A-Level.
        3    Perbelanjaan rawatan perubatan untuk ibu bapa                                   5,000
             Nota: Rawatan perubatan untuk ibu bapa kandung/ibu bapa angkat termasuk:
             -    Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang disediakan di Malaysia;
             -    Rawatan pergigigian (mencabut gigi, menampal gigi, dan membersihkan karang
                  gigi).
        4    Ibu dan bapa (setiap ibu dan bapa)                                           1,500+1,500
             -    Ibu dan bapa bermastautin, berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan tahunan
                  tidak melebihi RM24,000 seorang setahun.

             -    Hanya anak kandung atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang layak
                  untuk menuntut potongan ini. Ibu bapa tiri tidak dibenarkan.

             -    Amaun pelepsan boleh dikongsi sama rata, jika terdapat lebih individu
                  menuntut pelepasan ini.

             -    Pelepasan ini boleh dituntut jika individu tidak menuntut pelepasan bagi
                  perbelanjaan rawatan untuk ibu bapa (rujuk Perkara 3)
        5    Simpanan dalam Skin Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)                         8,000
             Nota: Terhad kepada tabungan bersih yang dilakukan didalam sesuatu tahun taksiran
             sahaja (Simpanan tolak Pengeluaran).
        6    Simpanan KWSP/lain-lain kumpulan wang yang diluluskan dan insurans nyawa
             •    Simpanan KWSP/lain-lain kumpulan wang yang diluluskan
             •    Insurans nyawa                                                             4,000
             Nota: Premium atas polisi insurans nyawa diri sendiri atau suami/isteri sahaja   3,000
             dibenarkan. Premium polisi insurans nyawa atas anak tidak dibenarkan.


   103
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117