Page 160 - eDinamik
P. 160
Nasuhah segera membuat akaun “Instagram” dan “Twitter” untuk menjadi platform baginya
mengiklankan barang yang akan dijual. Tidak semudah yang disangka, kerja sebagai
dropship ini memerlukan kesabaran yang tinggi serta sukar menarik pelanggan.
Kebanyakan pelanggan hanya akan bertanya beberapa soalan dan kemudian mendiamkan
diri. Sudah beberapa hari Nasuhah menjadi ejen dropship tapi dia tidak mendapat seorang
pelanggan pun. Namun begitu, dia tetap sabar dan tawakal sepanjang menjalankan
kerjanya. Alhamdulillah, berkat kesabaran Nasuhah, dia Berjaya memperoleh seorang
pelanggan. Beberapa bulan kemudian, perkhidmatan Nasuhah sebagai agen dropship
semakin dikenali oleh orang ramai. Nasuhah akhirnya berjaya memperoleh pendapatan
sampingan yang agak lumayan, cukuplah untuk perbelanjaannya di universiti.
Kini, hidup Nasuhah lebih senang dan tidaklah seperti dahulu. Masalah kewangan yang
dihadapi olehnya dapat dikurangkan hasil kesabaran dan ketekunannya. Janji Nasuhah
untuk mengubah nasib keluarganya kini semakin hampir tercapai. Nasuhah yakin dan
percaya, dengan usaha yang tidak pernah kenal erti penat, insya-Allah akan dipermudah
segalanya.
Nukilan: Ahmad Khudzairi Khalid
151