Page 158 - eDinamik
P. 158

KESEMPITAN HIDUP BUKANLAH JAMBATAN KEGAGALAN



         Nasuhah (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar yang berasal daripada keluarga
         yang sangat miskin. Mereka sekeluarga tinggal bersama dalam sebuah rumah usang.
         Nasuhah ialah anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Ayahnya bekerja sebagai
         seorang buruh pada waktu pagi dan sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam untuk
         menambah pendapatan keluarga yang tidak seberapa. Ibu Nasuhah pula seorang suri rumah
         yang menjual nasi lemak sebagai pendapatan sampingan. Gaji ayah Nasuhah tidak cukup
         untuk menampung semua keperluan keluarga mereka. Walaupun mengalami kesempitan
         hidup, Nasuhah faham akan keadaan keluarganya. Dia bertekad mengubah nasib mereka
         dengan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam
         pelajaran bagi membolehkannya mendapat pekerjaan yang baik kelak.

         Selepas tamatnya peperiksaan SPM, Nasuhah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di
         samping membantu ibunya menjual nasi lemak berdekatan dengan sekolah adiknya. Duit gaji
         yang diperoleh disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan. Alhamdulillah, berkat usaha
         dan doa daripada ibu bapa, Nasuhah memperoleh keputusan SPM yang sangat memuaskan.
         Pada pertengahan Julai 2018, Nasuhah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran
         dalam bidang Perniagaan dan Pengangkutan di UiTM Johor Kampus Pasir Gudang. Dia
         sangat gembira apabila mendapat tawaran tersebut tetapi pada masa yang sama dia risau
         akan keadaan keluarganya nanti. Permohonan Nasuhah untuk mendapatkan bantuan
         daripada zakat tidak dapat diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Namun, Nasuhah reda dan
         tabah menghadapi ujian yang dihadapinya.

         Pada 7 Julai 2018, hari yang menandakan permulaan hidup sebagai seorang mahasiswi telah
         tiba. Nasuhah kelihatan ayu memakai baju kurung bercorakkan bunga-bunga kecil pada hari
         pendaftarannya di universiti. Sebelum keluarganya pulang, ayah Nasuhah ada berpesan
         bahawa mereka tidak mampu datang mengambil Nasuhah pada waktu cuti panjang kerana
         pendapatan keluarga mereka hanyalah cukup-cukup sahaja. Apatah lagi Nasuhah sudah mula
         menyambung pelajaran di universiti, mesti lagi banyak duit yang perlu digunakan. Memahami
         perasaan ayahnya pada waktu itu, Nasuhah segera mengatakan dia faham akan kesukaran
         yang dihadapi mereka dan tiada masalah untuk tinggal di kampus sepanjang cuti. Nasuhah
         kucup pipi ibu dan ayahnya sebelum mereka pulang. Dia turut berpesan pada adik-adiknya
         supaya menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik serta menumpu sepenuh perhatian
         dalam pelajaran. Lambaian diikuti lambaian dilemparkan hinggalah keluarga Nasuhah hilang
         dari pandangan. Pada masa itu juga, Nasuhah bertekad akan belajar dengan rajin agar nasib
         keluarganya akan berubah pada suatu hari nanti. Itulah janji Nasuhah pada diri sendiri.













   149
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163