Page 157 - eDinamik
P. 157
Sebaik pendaratan dibuat, kelihatan di hujung landasan tiga buah kereta bomba/penyelamat
lapangan terbang telah bersiap sedia dengan nyalaan siren yang begitu menggusarkan.
Allahuakhbar!!!, Allhuakhbar!!!, Allahuakhbar!!!, dan aku beristighfar berulang kali apabila
tersedar bahawa pendaratan semula yang baru aku alami sebentar tadi rupa-rupanya adalah
berstatus ‘kecemasan’. Setelah kapal terbang selesai mendarat, ketua paramugara terus
membuat pengumuman yang mengarahkan semua penumpang keluar meninggalkan kapal
terbang dengan segera atas masalah mekanikal.
Gambar hiasan
Aku dan para penumpang lain terus meninggalkan kapal terbang dengan membawa satu
pengalaman iktibar yang tidak pernah aku alami sepanjang 18 tahun menaiki penerbangan sama
ada untuk tujuan rasmi mahupun atas urusan peribadi. Namun apabila aku berfikir semula, aku
amat bersyukur kehadratMU Ya Allah, atas keselamatan yang KAU kurniakan khususnya
kepadaku dan keluargaku selama ini. Aku sentiasa berdoa agar aku, keluargaku, dan rakan-
rakan sejawatku dijauhkan daripada ditimpa kemalangan udara yang pastinya jika berlaku akan
menjadi sejarah hitam bagiku buat selama-lamanya. Na’huzubillahhi min zalik.
Nukilan: Prof. Madya Dr. Zamali Haji Tamudi
148