Page 152 - eDinamik
P. 152
Namun, mesti diingat bahawa teknologi ini dapat memberi impak negatif apabila disalahguna.
Polemik mengenai gejala dan masalah yang berlaku pada anak-anak disebabkan oleh
pengunaan telefon pintar yang berlebihan menimbulkan kerisauan terhadap ibu bapa. Antara
kesan penggunaan teknologi ini ialah anak-anak menjadi malas melakukan tugasan yang
diberikan oleh guru kerana jawapan dapat diperoleh dengan mudah melalui akses internet.
Malahan ada yang hanya ‘copy & paste’ secara bulat-bulat tanpa mengubah struktur informasi
tersebut. Selain itu, keburukan dalam kalangan masyarakat adalah apabila ada aplikasi dalam
telefon pintar yang sepatutnya memudahkan perhubungan antara individu disalahguna menjadi
satu ‘platform’ untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Lebih teruk lagi, informasi
sebegitu tersebar dengan mudah walaupun tiada sebarang kesahihan dibuat. Hal ini dapat
menjejaskan hubungan antara masyarakat dan mendatangkan pergaduhan antara mereka.
Tambahan pula, penggunaan telefon pintar juga melahirkan masyarakat yang kurang aktif dalam
melakukan sesuatu perkara kerana terlalu bergantung pada mekanisme itu. Contohnya,
kemampuan bersosial seseorang individu menjadi terbantut kerana kerap berhubung melalui
aplikasi telefon sahaja. Ada juga yang menjadi malas untuk keluar rumah kerana segala
Gambar hiasan
barangan yang diperlukan boleh dipesan dan dihantar terus ke rumah melalui aplikasi telefon.
Dengan ini, lahirlah masyarakat yang berpenyakit. Benarlah bahawa masyarakat seharusnya
tidak seratus peratus bergantung pada alat semata-mata dalam apa jua pekerjaan. Oleh itu,
masyarakat haruslah sedar dan mengehadkan kebergantungan pada telefon pintar serta bijak
dalam menggunakannya.
143