Page 150 - eDinamik
P. 150
Teknik terakhir ialah Teknik Main Kutu. Teknik ini boleh digunakan dalam menyimpan duit
secara berdisiplin. Teknik ini biasa dipraktikkan oleh masyarakat melayu dari dulu lagi.
Dengan teknik ini, mereka yang bermain kutu akan mendapat sejumlah wang yang banyak
dan mengikut giliran yang telah ditetapkan. Contohnya setiap pemain menyimpan RM100
selama sepuluh bulan. Ini bermakna mereka yang mendapat giliran pertama akan
menerima wang tunai sebanyak RM1,000. Permainan kutu akan diteruskan sehingga
sepuluh bulan sehingga semua giliran habis. Perlu diingatkan, permainan ini perlulah
dimain dengan mereka yang dikenali dan rapat sahaja bagi megelakkan penipuan.
Dengan menggunapakai beberapa teknik yang disebut di atas, penyimpan dapat
menyimpan duit dengan mudah tanpa rasa di paksa. Dengan cara ini, penyimpan akan
menjadi disiplin dan wang pun dapat disimpan dengan mudah.
Gambar hiasan
141