Page 154 - eDinamik
P. 154

Pada Disember 2014, negeri Kelantan dilanda banjir kuning umpama tsunami. Hampir
          seluruh negeri di Malaysia menghantar pelbagai jenis bantuan termasuk pakaian terpakai.
          Kebanyakan ahli jawatankuasa masjid di Kelantan juga telah membuat pengumpulan
          pakaian serta tidak tahu ke mana pakaian tersebut perlu disalurkan. Rupa-rupanya semua
          pakaian tersebut adalah rezeki Nur Kasih Charity Shop. Bertalu-talu panggilan telefon
          diterima untuk mengambil pakaian yang mereka kumpulkan. Akhirnya sebanyak 20 tan
          pakaian terpakai dapat dikumpulkan pada waktu itu. Apa yang dibuat dengan pakaian
          sebanyak itu?

          Pihak Nur Kasih Charity Shop menghubungi pelanggan mereka yang terdiri daripada
          pengusaha kedai pakaian terpakai supaya dapat memilih dan menjual pakaian yang diterima
          tersebut ke negara lain seperti Indonesia, Bangladesh dan India. Syarikat tersebut membeli
          dengan RM1.00 bagi setiap kilogram. Pada ketika itu, Nur Kasih Charity Shop dapat
          menjana pendapatan sebanyak hampir RM20,000.00. Walaupun banyak cabaran dan
          dugaan,   namun     ia  menjadi   sebuah   kebanggaan     kerana   dengan   ini  ia  dapat
          mengembangkan cabang perniagaan bagi Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih.

          Selama beberapa tahun berniaga, Nur Kasih Charity Shop mendapat banyak liputan
          daripada pelbagai pihak termasuk media cetak dan media massa. Hubungan baik dengan
          pihak media juga dapat membantu perniagaan agar lebih dikenali oleh masyarakat di luar.
          Sehingga kini Nur Kasih Charity Shop masih menerima pakaian terpakai yang dihantar oleh
          para penyumbang yang tidak dikenali serta datang dari segenap pelosok negara kerana
          kerana keyakinan mereka bahawa setiap daripada keuntungan jualan pakaian tersebut akan
          disalurkan kepada anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan sokongan dan bantuan di
          bawah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih.


































                                                                                                     145
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159