Page 151 - eDinamik
P. 151

PENGARUH DAN KESAN TELEFON PINTAR
           Aishah Mahat, Siti Nurul Izah Musa, Putera Haikal Iskandar Syamsudin



           Dasawarsa ini, negara kita mengalami pembangunan pesat sejajar dengan penciptaan
           dan pembaharuan teknologi yang serba canggih. Secara tidak langsung penggunaan
           teknologi telah menyumbang kepada 1001 faedah bagi masyarakat sekeliling. Antaranya
           ialah peningkatan dalam produktiviti apabila banyak kerja berjaya disiapkan dalam masa
           yang singkat. Namun, dalam menikmati kebaikan teknologi, turut wujud keburukan di
           sebalik penggunaannya. Contoh paling mudah dapat dilihat pada teknologi yang
           digunakan oleh hampir semua masyarakat dunia iaitu telefon bimbit yang kini lebih
           dikenali sebagai telefon pintar.


           Antara kelebihan penggunaan telefon pintar adalah memudahkan proses pencarian
           maklumat. Hal ini demikian kerana telefon pintar bukan sahaja berfungsi sebagai alat
           perhubungan, ia turut dilengkapi dengan kebolehan untuk melayari internet serupa
           komputer. Kini, segala perkara dan maklumat yang diingini dapat diakses dalam sekelip
           mata sahaja, sekaligus memudahkan kerja seharian. Selain itu, penggunaan telefon pintar
           dapat melahirkan masyarakat yang serba tahu kerana segala maklumat yang diperlukan
           berada di hujung jari. Oleh sebab itu, penggunaan telefon pintar pada masa kini menjadi
           satu kemestian bagi kebanyakan individu dalam menjalankan tugasan harian.

























                                                Gambar hiasan














   142
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156