Page 117 - e-Dinamik
P. 117

Masa berjalan, sedar tak sedar, di saat kita benar-benar mengharapkan perlindungan dan bantuan, apa yang
        kita harapkan itu tidak menjadi.


        Benar, setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Tetapi, isu perlindungan kewangan kepada keluarga

        bukan lah semata – mata terletak selepas kematian. Ia juga merangkumi keadaan semasa kita masih hidup,
        tetapi dalam keadaan yang sangat memerlukan. Pernahkah anda terfikir jika suatu hari nanti, kita mungkin akan
        diserang penyakit kritikal seperti kegagalan fungsi buah pinggang, kanser atau cacat kekal. Ketika itu, kita sudah
        tidak mampu untuk bekerja. Keadaan ini boleh bertukar menjadi parah jika kita merupakan satu-satunya punca

        utama pendapatan keluarga dan pasangan terpaksa berhenti kerja untuk menjaga keperluan kita. Mungkin kita
        merasakan bahawa simpanan kita cukup untuk melangsaikan segala komitmen tanggungan. Namun,
        mampukah kita dan keluarga bertahan dengan simpanan tersebut? Mungkin juga kita berpendapat, rawatan di
        hospital kerajaan sudah memadai kerana di situ berkumpulnya ramai pakar-pakar perubatan yang hebat. Tapi

        bagaimana jika rawatan yang kita jalani itu memerlukan kos tambahan seperti RM30-40ribu untuk (contohnya)
        rawatan pintasan jantung di Institut Jantung Negara? Masih cukupkah lagi simpanan?


        Maka disinilah peranan saya untuk menyampaikan kesedaran tentang kepentingan merancang dan melindungi

        kewangan keluarga. Dengan perlindungan kewangan, sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban
        keluarga. Sudah pasti kita tidak mahu melihat pasangan atau anak-anak merayu-rayu bantuan daripada orang
        lain hanya kerana kita gagal merancang kewangan dengan baik. Seharusnya, ia diletakkan sebagai
        perbelanjaan prioriti sebelum melakukan perancangan perbelanjaan ke tempat lain. Anggaplah ia sebagai

        simpanan. Asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan buat diri sendiri, pasangan dan anak-anak
        bagi tujuan ini. Jika anda merasakan ia sebagai tidak perlu, saya cabar anda untuk menyenaraikan sekurang-
        kurangnya tiga nama yang anda yakin dapat membantu dan menanggung pasangan dan anak-anak seperti
        mana anda menanggung mereka sekarang, sekiranya nafas anda berhenti hari ini. Sekiranya anda tidak yakin,

        rancanglah dengan sebaik-baiknya.


        Apapun, syabas jika anda telah pun mempunyai pelan perancangan kewangan. Pastikan ia mencukupi dan yang
        paling penting, apabila kita “kembali pulang”, segala hutang kita telah langsai dan pasangan atau anak-anak

        boleh meneruskan kelangsungan hidup dengan legasi yang kita tinggalkan. Meletakkan harapan kepada
        ketentuan takdir adalah ibarat fatamorgana di hari panas. Tambahan pula jika ia memberi tempias kepada orang
        tersayang. Merancanglah dengan baik. Sediakan payung sebelum hujan adalah satu kiasan yang sangat tepat
        bagi isu ini. Jika kita mampu menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga kita semasa kita masih sihat

        dan hidup, mengapa bila kita tiada, kita tidak menyediakan yang terbaik untuk mereka? Kita memang boleh
        bertawakal dengan menganggap apa yang akan berlaku di masa hadapan adalah ketentuan Maha Pencipta.

   108                                      Benar. Namun, tawakal dan redha itu datangnya selepas kita berikhtiar.
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122