Page 114 - e-Dinamik
P. 114

PERIBAHASA - HIDUP BERMASYARAKAT
                                   Prof. Madya Dr. Saunah Zainon




         Hidup ini biarlah ‘bagai aur dengan tebing’ dan ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’ bagi memastikan

         hubungan yang rapat antara sesama yang lain dan saling bantu membantu kerana ‘bulat air kerana
         pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ yang akan memastikan setiap keputusan yang dibuat
         adalah dari keputusan mesyuarat dan dengan itu maka akan amalkanlah ‘berat sama dipikul, ringan
         sama dijinjing’ yang mana setiap pekerjaan akan dilakukan secara bergotong royong serta saling bantu

         membantu sesama kita tetapi untuk menjadikan ianya satu amalan maka hendaklah ‘melentur buluh
         biarlah dari rebungnya’ supaya anak-anak akan terus menerapkan amalan ini di dalam kehidupan
         mereka dan akan teringat bahawa ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’ lebih baik di
         negeri sendiri’ maka mereka akan sentiasa sayang dengan kehidupan bermasyarakat di kampung

         sendiri dan merasakan walaupun mereka di kampung tetapi tetap ‘duduk sama rendah, berdiri sama
         tinggi’ jika dibandingkan dengan masyarakat luar dan jangan sampai apa yang diharapkan dari kawasan
         bandar hanya ‘indah khabar dari rupa’ manakala bagi mereka yang ingin meneruskan kehidupan di luar
         perlu ingat bahawa ‘kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’ dan jika berjaya di luar

         sana nanti jangan pula seperti ‘kacang lupakan kulit’ serta ikutlah prinsip ‘di mana bumi dipijak di situ
         langit dijunjung’ serta ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’ dan
         berusahalah bersungguh-sungguh kerana ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ dan
         mulakanlah hidup yang baru dengan ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit

         dahulu, besenang-senang kemudian’ kerana ‘yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
         melayang’.




























                                                                                                     105
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119